Home » » Kongres DAPSY: Bukti DAP Tak Demokratik

Kongres DAPSY: Bukti DAP Tak Demokratik

Pemilihan dalam memilih hala tuju DAPSY iaitu cabang angkatan muda dalam DAP yang berlangsung pada 22 Nov 2015 lalu menggambarkan segalanya. 

Ada kalangan blogger yang menulis pembuktian DAP langsung tidak menerima ahli Melayunya menjadi jawatankuasa atau memegang jawatan penting dalam DAP mahupun DAPSY.

IBHH mahu menulis angle yang berbeza sikit.

Ramai yang salah fakta mengatakan Dyana Sofya menang dalam pemilihan baru-baru ini. Faktanya Dyana Sofya tidak dipilih pun, dia hanya menduduki tangga ke 18 daripada 38 orang calon yang bertanding sedangkan kerusi yang diperuntukkan bagi Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan adalah 15 orang sahaja.

Tiba-tiba atas nama perlembagaan parti, seorang calon wanita yang mendapat undi teringgi di antara semua calon akan dipilih secara automatis mengisi 15 jawatan  Ahli Majli Eksekutif. Jadi dapatlah Dyana yang kalah secara demokratik tetapi dipilih atas autokratis menjadi ahli majlis.

Di mana demokrasinya? DAP begitu kuat bercakap soal hak, hinggakan semasa PRU 13 lalu ahli dan penyokong DAP lah yang kuat menyokong gerakan Black 505 atas nama undi popular.

Hari ini, Dyana Sofya kalah dalam sistem demokrasi dan juga langsung tidak popular dalam partinya tetapi masih dipilih menjadi ahli majlis. Jadi Dyana bawa suara siapa? Ahli terang-terang reject dia, bawa suara wanita? atau bawa suara 'tokong'nya?

Dyana hanya patung-patung opera politik DAP untuk mengaut untung sokongan Melayu. Suka diingatkan kepada DAP keterdesakannya mewujudkan muka Melayu dalam parti ini pastinya akan menimbulkan kemarahan ahli Cina yang merasakan ketidakadilan ini. Suara dan kuasa ahli semakin terhakis kerana kerakusan pemimpin DAP 'membeli' jiwa dan nurani orang Melayu.

Ada baiknya DAP terus menyediakan satu kerusi khas untuk wanita jika benar ia mahu membawa suara wanita. Ini patut dilihat sebagai kecarcamarbaan dan kecelaruan minda DAP dalam tafsiran demokrasi.

Rakyat harus sedar akan kecelaruan tafsiran demokrasi oleh sebuah parti yang bersandar nama 'Democratic Action Party' tetapi langsung tidak mengamalkan norma-norma demokrasi. Apakah kita boleh bergantung harap dengan parti yang nama tak serupa bikin ini?

Fikir, fikir, dan fikirkanlah tanpa mengira kamu Cina, India, Kadazan, Iban mahupun Melayu! Jangan gadaikan masa depan kita dengan pemimpin seperti ini.

Cantiknya Dyana telah menampakkan buruknya DAP! 

0 comments:

Post a Comment