Home » » #TPPA : Perjanjian Boleh Dipinda Dengan Persetujuan Semua Pihak

#TPPA : Perjanjian Boleh Dipinda Dengan Persetujuan Semua Pihak



Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh dipinda dengan persetujuan semua pihak terbabit.
Berdasarkan teks akhir perjanjian pindaan, boleh dibuat selepas setiap pihak melengkapkan prosedur undang-undang dan memaklumkan secara bertulis kepada depositori yang bertanggungjawab untuk menerima dan mengedarkan dokumen.

Perjanjian perdagangan bebas serantau yang komprehensif dan mempunyai standard tinggi itu akan meningkatkan aliran pelaburan dan perdagangan negara terbabit, selain mengintegrasikan rantau ini kepada pasaran dan asas pembuatan tunggal.

Selepas lima setengah tahun rundingan, Malaysia dan 11 negara lain - Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam berjaya memuktamadkan rundingan TPPA pada 5 Oktober 2015, di Atlanta, AS.

Mengikut teks itu juga, TPPA terbuka kepada penyertaan daripada ahli-ahli Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan negara lain atau bahagian kastam berasingan selepas melengkapkan prosedur undang-undang yang terpakai pada setiap pihak.

Mana-mana pihak yang bercadang menarik diri daripada perjanjian itu boleh berbuat demikian dengan menyediakan notis penarikan secara bertulis kepada depositori dan pada masa sama memaklumkan kepada pihak lain mengenai penarikan itu.

"Penarikan itu akan berkuat kuasa dalam tempoh enam bulan selepas satu pihak menyediakan notis bertulis kepada depositori, melainkan pihak lain bersetuju pada waktu yang berbeza," katanya.

-sumber: Berita Harian 6 Nov 2015

1 comments:

  1. Hard Rock Hotel & Casino Lake Tahoe - Mapyro
    Welcome to Hard Rock Hotel & Casino Lake Tahoe, with 3 indoor pools, 김포 출장마사지 over 전라북도 출장샵 500 slot machines, an indoor pool, and a Jacuzzi. Dirt/unpaved trails. Rating: 경산 출장마사지 4.6 김포 출장마사지 · ‎10 reviews 포항 출장마사지

    ReplyDelete