Home » » Kapal Purba Kedah Tua Di Sungai Batu Perlu Diselamatkan!

Kapal Purba Kedah Tua Di Sungai Batu Perlu Diselamatkan!

Kapal Vasa yang ditemui di Sweden
Berita penemuan kapal-kapal atau tongkang lama di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah sudah lama diperkatakan. Malangnya sehingga kini tiada sebarang usaha untuk mengeluarkan tinggalan bersejarah tersebut. Kapal-kapal yang dijangka berusia ribuan tahun itu akan menjadi warisan negara dan bukti Ketamadunan Melayu Kedah Tua.

Menurut ExcoAgama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerjaraya Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid terdapat 5 atau 7 kapal purba Kerajaan Kedah Tua yang ditemui di tapak tersebut. Dijangkakan kapal purba tersebut berukuran antara 50 kaki hingga 70 kaki panjang.

Kerajaan harus mencontohi usaha-usaha yang dilakukan oleh pengkaji di Sweden dan England yang berlumba-lumba untuk mengeluarkan dan mengkaji kapal Vasa dan Mary Rose.

Bayangkan kapal-kapal di Sungai Tua ini berusia lebih 2000 tahun, lebih tua dari kapal Vasa dan Mary Rose yang digali di Sweden dan England serta siap dipamerkan di muzium. Kapal Vasa dibina pada abad 17 manakala Mary Rose pada abad 16.

Di Barat, mereka mengagungkan The Age of Sail tetapi jika kapal purba Kedah Tua ini diselamatkan maka ia menjadi bukti kukuh awalnya tamadun Melayu Kedah Tua berbanding ketamadunan barat. Ini disebabkan kapal purba ini berusia lebih 1000 tahun awal berbanding The Age of Sail. Bayangkan, tamadun Melayu telah wujud lebih awal tatkala orang barat masih belum kenal kapal malah jauh sekali berkelana di lautan luas.

Oleh yang demikian, kerajaan mesti mengambil tindakan proaktif dan jangan berlengah lagi untuk memastikan kajian dan pembuktian kewujudan tamadun Melayu yang lebih tua sebelum kemunculan tamadun barat. Apakah yang membelenggu kerajaan dan pihak berwajip untuk membawa keluar kapal sepanjang 70 kaki itu?

Untuk pengetahuan, kapal Vasa berukuran 200 kaki panjang yang tenggelam di Lautan Baltic pun telah berjaya dinaikkan, apakah kita tidak mempunyai teknologi mahupun kemampuan untuk mengeluar kapal purba Sungai Batu yang dijumpai di kawasan paya dan telah kelihatan tiang layarnya? Atau kita masyarakat yang tidak cakna akan hal sejarah?

Artikel ini mendesak pihak kerajaan, kerajaan negeri, pihak muzium, pakar sejarah universiti dan persatuan sejarah mahupun rakyat yang prihatin untuk sama-sama berusaha mempastikan kapal purba Sungai Tua kuno ini dapat di pamerkan sebagai pembuktian dan lambang peradaban tamadun Melayu!

2 comments:

  1. kerajaan xde peruntukan..duit kerajaan digunakan oleh rosmah untuk bermewah mewah dan berjoli sakan...

    ReplyDelete