Home » , » EDISI BONGKAR: Wan Azizah & Azmin Ali Pun Tak Layak Jadi MB

EDISI BONGKAR: Wan Azizah & Azmin Ali Pun Tak Layak Jadi MB

Hari ini IBHH nak bongkar lagi satu kes yang ada kena - mengena dengan kemelut menteri besar Selangor.

Sepengetahuan IBHH, dalam undang-undang tubuh banyak negeri di Malaysia (mungkin juga di Selangor sama) DYMM Tuanku Sultan hanya akan mempertimbangkan seseorang calon dari kalangan Adun untuk dijadikan menteri besar mestilah merupakan anak jati atau anak kelahiran negeri tersebut.

Memang dalam peraturan SPR tidak menetapkan syarat anak kelahiran negeri sahaja yang layak diangkat sebagai calon di sesuatu negeri, tetapi dalam bab melantik MB kebanyakan negeri akan mengutamakan anak kelahiran negeri tersebut terlebih dahulu.

Masihkah kita ingat tragedi di Perak dulu apabila Barisan Nasional tumbang dalam PRU 12 tahun 2008, maka awal-awal pagi lagi Ngar Kor Ming dan Ngeh Khoo Ham sudah terpacak di depan istana untuk mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Perak melantik ahli Adun DAP sebagai MB Perak yang baru? Maka rombongan DAP itu dihalau bagaikan anjing kurap oleh pengawal istana kerana DYMM Tuanku Sultan Perak hanya akan memperkenankan MB Perak dari kalangan Adun Melayu Islam dan anak jati Perak. Maka dipacakkan seorang boneka Melayu yang boleh dilacurkan oleh DAP di Perak. 

Inilah kehebatan kuasa Raja-raja Melayu dan undang-undang tubuh sesebuah negeri Melayu yang mempunyai Sultan & Raja. Maka kes di Selangor hari juga lebih kurang ironinya dengan kes di Perak dahulu. 

Bezanya kali ini di Selangor, terdapat komplot dari dua orang 'pendatang asing' untuk menyingkirkan seorang MB Selangor yang merupakan anak jati Selangor dan dipilih secara sah dalam sistem pilihanraya serta diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor untuk mentadbir urus negeri Selangor Darul Ehsan ini.

Kedua - dua 'pendatang asing' bukan sahaja bukan anak jati Selangor malah tempat kelahiran mereka juga adalah di LUAR MALAYSIA. Ada yang kata di Indonesia, ada yang kata di Singapura. Apapun yang jelas dan nyata sekarang nombor kad pengenalan mereka mempunyai kod 71 di bahagian tengah iaitu KELAHIRAN LUAR NEGARA.

Paling teruk sekalipun kalau salah seorang 'pendatang asing' ini boleh dilantik ke jawatan MB ialah apabila tiada lagi calon MB dikalangan Adun yang menang merupakan anak jati negeri dan layak menjadi MB. (Takkanlah Adun kelahiran Selangor semua bodoh-bodoh?) 

Maka sama - samalah kita renungkan bagaimana nasib rakyat Selangor nanti. Nampak gayanya sukar juga kedua - dua 'pendatang asing' ini mahu menakluki Selangor dan mengaut kekayaan negeri ini.

   

0 comments:

Post a Comment