Home » , » Bendera Negeri Sembilan

Bendera Negeri Sembilan

Tidak tercatit di mana-mana buku sejarah mahupun fail-fail Jabatan Kerajaan yang menyebut dengan tepat tentang bagaimana terciptanya bendera Negeri Sembilan.

Dalam fail di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, negeri Sembilan (bilangan 490/53) hanya tercatat kemungkinan bendera ini direka dan di cipta serta di pakai pada 1895. Ini berhubungkait dengan kemasukan Negeri Sembilan sebagai negeri bersekutu 1895 dan penyatuan semula Negeri Sembilan dengan campur tangan pihak British di mana melalui Perjanjian 1898, YTM Undang yang Berempat telah bersetuju untuk memperakui semula Yamtuan Muhammad sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan manakala Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan memperakui kebesaran dan kuasa Undang yang berempat DAN kesemua Undang Berempat serta Yang DiPertuan Besar bersetuju menerima pihak British sebagai penasihat dalam pentadbiran negeri.

Makna asal warna dalam bendera negeri adalah MERAH bermakna Kerajaan British, HITAM bermakna kebesaran Undang Berempat dan KUNING bermakna Raja (Yang DiPertuan Besar) yang di daulatkan. Secara asasnya makna asal warna dalam bendera negeri sembilan adalah perakuan tentang kebesaran Raja, Undang Berempat dan naungan dari Kerajaan British

Setelah kemerdekaan Tanah Melayu pada 31-08-1957, maka timbul persoalan sama ada warna merah masih diperlukan lagi atau sebaliknya memandangkan Negeri Sembilan sebagai negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka dari cengkaman penjajahan British. Timbul cadangan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 1957 untuk menghapuskan warna merah di atas bendera Negeri Sembilan. Akhirnya diputuskan oleh kerana warna merah tersebut telah lama digunapakai dalam bendera Negeri Sembilan ,Majlis menerima usul Allahyarham Tan Sri Abd Samad Hj Idris yang pada ketika itu menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, untuk menggantikan makna MERAH di bendera Negeri Sembilan sebagai " rakyat yang diberi hak melalui perlembagaan negara dan negeri."

Usul serta keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ini telah di terima baik dan diluluskan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, YTM Undang Berempat dan Tunku Besar Tampin dalam mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang pada 29-12-1960.

Dengan kelulusan tersebut maka dengan rasminya bendera Negeri Sembilan digunapakai dengan maksud yang ada sekarang yang menggabungkan rakyat,Undang dan Raja yang tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia.

Disusun oleh Allahyarham Tan Sri Abd Samad bin Hj Idris dengan olahan semula

Mengikut definasi makna sekarang-

"MERAH" maksudnya rakyat yang diberi hak melalui perlembagaan negara dan negeri.
"HITAM"- melambangkan kebesaran undang berempat
"KUNING"- melambang warna Raja

Sumber - Kelab Melayu NSDK

2 comments:

  1. Ia tiada kaitan langsung dengan penjajah..
    Warna yang digunakan oleh NS untuk bendera mereka adalah berkaitan dengan 'HQ' mereka, iaitu Empayar Minangkabau..
    Empayar Minangkabau telah menggunakan warna tersebut untuk bendera mereka beratus dan mungkin beribu tahun..
    NS sebagai naungan Empayar Minangkabau, meneruskan legasi tersebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you untuk ajar sejarah cikit pun tk pe😊

      Delete