Home » » DAP Bukan UBAH Tapi......

DAP Bukan UBAH Tapi......

Dap dan Pakatan menjual idea UBAH untuk menyelamatkan Malaysia. Untuk beri harapan baharu kepada rakyat Malaysia. UBAH Malaysia kepada lebih baik. Rakyat terbeli dengan slogan mereka. Dah hampir 10 tahun rakyat tunggu Dap dan Pakatan menunaikan janji-janji UBAHnya.

Hakikatnya langsung tiada perUBAHan, kalau ada pun perUBAHan yang makin teruk. Hujan melimpah membanjiri Selangor tapi buka kepala paip air tak ada. Memang berUBAH la sangat.


Cuba anda perhatikan tindakan Dap dan Pakatan di negeri yang mereka perintah. Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Di Penang, kalau anda ajukan soalan kenapa Dap membiarkan Lim Guan Eng gadaikan tanah-tanah untuk jana pendapatan negeri bagi menampung kenaikan gaji KM dan Adun, nanti Guan Eng jawab, DULU BN pun jual tanah ma!!

Kalau anda tanya kenapa Lim Guan Eng bersikap diktator dan suka berlagak macam ketua samseng nanti macai Pakatan akan jawab, dulu Anwar masa jadi de facto pun mesti kena angguk ikut cakap dia.

Kalau anda tanya kenapa tarif air naik melambung-lambung, kenapa caj pemajuan naik hampir 1000% menyebabkan harga rumah di Penang dan Selangor tak mampu beli tapi mampu tengok aje, nanti askar kacang merah DAP akan jawab, harga nasi lemak di negeri BN pun naik kamu taknak bising pulak. 

Kalau kamu marah sebab cukai katil pun nak di caj di hotel-hotel di Penang, nanti Lim Guan Eng jawab ini akan merancakkan ekonomi Penang.

Kalau kamu tanya kenapa kelulusan terowong bawah dasar laut di Penang tak dibuat secara tender terbuka nanti Guan Eng akan beritahu kamu Koh Tsu Koon pun dulu ada buat tender tertutup di Penang.

Kalau kamu maki hamun kenapa jalan raya di Selangor berlubang-lubang, nanti ahli majlis DAP jawab kan ada lebuhraya yang kerajaan Persekutuan buat kenapa tak guna.

Dalam banyak jawapan-jawapan bullshit ini, Dap dan Pakatan masih mahu bangga dengan UBAH nya.

Ini bukan UBAH la....ini TIRU!!! rakyat undi untuk dapat perUBAHan yang lebih baik bukan suruh kamu tiru apa yang BN dah buat dan apa yang kamu selalu ungkit bab ketelusan, amanah dan cegah korupsi! Ini namanya bodoh bertingkat-tingkat!!

Kalau nak percaya lagi slogan UBAH Dap ni memang mereputlah rakyat Malaysia nanti.

0 comments:

Post a Comment