Home » » #1MDB: Transkrip Penuh Bual Bicara BERNAMA TV Bersama Arul Kanda Kandasamy

#1MDB: Transkrip Penuh Bual Bicara BERNAMA TV Bersama Arul Kanda Kandasamy


Soalan: Apa itu lMDB?

Arul Kanda: lMalaysia Development Bhd (lMDB) ialah sebuah syarikat 100 peratus milik kerajaan. Ia ditubuhkan sebagai se­buah syarikat pembangunan strategik dengan wawasannya untuk menjadi pemangkin dan merangsang pelaburan langsung asing, di samping membuat sesuatu yang berbeza untuk kerajaan.

Kita perlu faham model perniagaan dan struktur modal lMDB. Apabila ia ditubuhkan, kerajaan memutuskan bahawa syarikat ini perlu membiayai dirinya sendiri melalui hutang pinjaman bank dan pasaran modal.

Alasan yang ada di sebaliknya ialah untuk mewujudkan disiplin bahawa apabila anda berhutang, anda perlu membayar faedah dan pokoknya serta tidak mengusik dana ke­rajaan bagi tujuan lain seperti sekolah, hos­pital dan sebagainya.

Hutang itu akan digunakan untuk memperoleh aset dan hartanah berkualiti tinggi serta tenaga. lMDB adalah pengeluar tenaga terbesar di Ma­laysia dan memiliki 13 loji tenaga di lima negara di seluruh dunia, yang menjana tenaga beijumlah 5,500 MW. Ia juga me­miliki plot tanah paling luas yang terletak secara strategik di ibu negara.

S:Cabaran?

J: Terdapat ketidakpadanan dari segi aliran tunai yang dijana aset jangka panjang ini berbanding keperluan jangka pendek bagi melunaskan faedah dan sebahagian lagi un­tuk melunaskan pinjaman pokok apabila tiba waktunya.

Ia adalah ketidakpadanan yang membabitkan aliran tunai. Dan, untuk menangani masalah ini, kerajaan mengambil langkah jelas untuk melaksanakan pelan rasionalisasi bagi mengatasi ketidakpada­nan aliran tunai ini dengan menjual ekuiti dalam beberapa aset lMDB bagi mengumpul dana dan mengurangkan hutang.

S: Bagaimana hendak membayar hu­tang?

J: Jika anda lihat kepada projek seperti TRX, Bandar Malaysia, penyatuan tiga pengeluar tenaga bebas (IPP) berasingan di bawah Edra Energy, ia semuanya adalah projek strategik yang dirancang dan dilaksanakan oleh lMDB. Jadi, masalah yang kami hadapi hari ini ialah masalah sama seperti dihadapi mana-mana perniagaan, iaitu ketidakpada­nan aliran tunai yang berpunca daripada faktor dalaman dan luaran. Bagaimanapun, apa yang penting ialah kami telah mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan ini.

Alhamdulillah, hari ini, ekuiti yang ingin kami jual menarik minat ramai dan kami akan mencapai lebih banyak kejayaan dari segi ini.

S: Apa yang akan terjadi pada tahun-tahun akan datang?

J: Dalam sektor tenaga, semua loji tenaga kami berjalan lancar. Kami membeli loji tenaga sedia ada dan aliran tunai daripada Edra Energy, iaitu melalui pendapatan dan hasil yang dijana oleh loji ini berjumlah hampir RM5 bilion setahun. Saya dengan sukacita ingin memberitahu anda bahawa pada tahun ini sahaja, 1MDB menjual tanah di TRX bernilai kira-kira RM1.3 bilion.

Jadi, kami adalah pemaju utama, kami membelanjakan hampir RM3 bilion untuk membina infrastruktur. Sekarang, kami membahagikan plot tanah ini dan berjaya menjualnya. Kami telah menjual sebahagian besar plot tanah ini kepada Mulia Group dari Indonesia, Affin Bank, Lembaga Tabung Haji dan mengadakan usaha sama dengan kumpulan hartanah dan infrastruktur, Land Lea­se.

S: Apa yang tidak kena di peringkat dalaman, adakah wang orang ramai akan berada dalam keadaan bahaya?

J: Mengenai ekuiti langsung daripada kerajaan, jumlahnya ialah RMl juta. Memang benar, pada awal tahun ini, sebagai se­bahagian daripada pelan rasionalisasi, lMDB meminjam RM950 juta daripada kerajaan. Dalam pada itu, kerajaan menyediakan pilihan jaminan tertentu bagi hutang kami.

Perlu difahami bahawa, jika anda melihat jaminan itu, ia adalah RM5.8 bilion, kemudian surat sokongan dan beberapa hutang lain yang berjumlah kira-kira RM18 bilion. Dalam konteks Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebanyak RM1.1 trilion, jumlah itu tidak sampai dua peratus. Dalam konteks hutang kerajaan yang pada keseluruhannya berjumlah kira-kira RM630 bilion, ia adalah kira-kira tiga peratus.

Jadi, walaupun jumlahnya besar, ia masih dapat ditangani dan melalui pelan rasionalisasi, kini kami dalam proses menjual ekuiti dalam syarikat tenaga kami, Edra Energy. Kami sedang mencari rakan pembangunan untuk membeli ekuiti dalam Bandar Malaysia dan kami mempunyai ‘hu­tang untuk swap aset’ dengan IPIC. Jumlah keseluruhan ketiga-tiga transaksi ini boleh mencapai RM42 bilion hutang yang dapat dikurangkan atau dilangsaikan oleh 1MDB apabila tiba masanya.

S: Saya ragu anda boleh mendapatkan wang. Bolehkah anda mendapat harga yang baik bagi penjualan ekuiti IPP memandangkan kontrak mereka akan berakhir tidak lama lagi?

J: Sekiranya anda bertanya perkara itu kepada saya akhir bulan ini, pada masa itu, kami akan dapat menyatakan kepada anda mengenai hasil yang kami peroleh daripada proses kami menjual Edra Energy. Tetapi, ketika ini, kami boleh memberitahu anda bahawa ada ll pihak yang berminat dan menyuarakan hasrat mereka untuk membeli ekuiti dalam Edra Energy.

Ketika ini, kami tumpukan kepada empat pihak dan daripada empat pihak ini, tiga pembida telah mengemukakan cadangan akhir dan ikatan mereka.Tenaga Nasional Bhd adalah satu daripada mereka dan dua lagi adalah entiti dari luar negara.

S: Rangka masa, tempoh untuk menyelesaikan hutang itu?

J: Sebahagian besar aset kami sebenarnya adalah aset jangka panjang, lebih 80 peratus daripada hutang kami adalah berbentuk jangka panjang. Jadi, bahagian hutang jang­ka pendek boleh diurus melalui hasil da­ripada penjualan Edra Energy, sebagai contoh. Juga, apabila kami mendapat rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia.

Ideanya ialah pembelian ekuiti dalam Bandar Malaysia akan menjana tunai untuk mengurangkan dan mengurus hutang kami. Jadi, kami sangat yakin bahawa menjelang akhir 2015, kami akan menandatangani tiga perjanjian; penjualan Edra; penjualan eku­iti kepada rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia dan ‘hutang bagi swap aset’ dengan IPIC. Sudah tentu, seperti biasa, wang tunai akan datang dengan peredaran masa. Mengenai perjanjian yang terikat dengan undang-undang pula, itulah sasaran yang ingin kami capai menjelang akhir tahun ini.

Peraturan yang terdapat di Malaysia ialah pembida dari luar negara boleh memiliki hingga 49 peratus daripada loji tenaga tempatan. Kami juga memiliki aset di luar negara dan perbincangan dengan pembida itu masih diteruskan.

S: Boleh terangkan lebih lanjut lagi kepada kami mengenai Tun Razak Exchange (TRX)?

J: TRX adalah projek pembangunan menarik. Fasa pertama TRX akan siap menjelang 2018, kami mempunyai syarikat hartanah kelas dunia untuk membangunkan TRX. TRX mempunyai aliran MRT paling meluas, stesen terbesar MRT terdapat di KL. 


S: Wujud persepsi bahawa anda dibawa masuk untuk mengatasi kecelaruan yang ada dan melindungi seseorang. Adakah persepsi ini benar? Bagaimana kecelaruan itu boleh terjadi?

J: Sebenarnya, tiada apa yang disembunyikan dalam hal berkaitan 1MDB. Malah, jika ada cubaan untuk berbuat demikian pun, ia mustahil dapat dilakukan. Ada lima agensi siasatan yang sedang memerhati 1MDB iaitu daripada Bank Negara Malay­sia (BNM), Peguam Negara (AG), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malay­sia (PDRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Semua agensi ini diberi keijasama penuh un­tuk menjalankan siasatan secara bebas mengenai apa yang berlaku dalam 1MDB. Siasatan ini sedang diteruskan dan kami bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa tempatan. Mengenai syarikat berkenaan (IPP), kita kena melihat beberapa langkah ke belakang. 

Untuk membeli bagi pi­hak kerajaan, yang sebelum ini dimiliki individu tertentu, ia membawa kepada pentadbiran sebelum ini, iaitu IPP asal. Kerajaan menimbang untuk menyatukan syarikat ini, menjadikannya sebagai platform dengan harapan untuk merasionalisasikan tarif tenaga pada masa akan datang. Mengenai hartanah pula, ke­rajaan bertindak sebagai perancang utama dan menjual plot tanah dalam bidang strategik ini supaya hasil daripada penjualannya akan kembah kepada kerajaan melalui 1MDB, iaitu sebuah syarikat milik 100 peratus kerajaan. Cabaran yang dihadapi sya­rikat ini selama ini ialah kelewatan dalam melaksanakan IPO perniagaan tenaga. Kami dibiayai melalui hutang dan hutang ini digunakan untuk membeli perniagaan te­naga serta plot tanah. IPO sepatutnya bermula pada 2013, kemudian, cubaan kedua pada November 2014. Melaksanakan IPO adalah sesuatu yang sangat sukar. Ia menjadi titik tolak bagi keperluan melunaskan faedah dan pinjaman pokok dalam jangka masa pendek yang terhalang kerana ketiadaan aliran tunai oleh syarikat.

S: Apa yang ada dalam fikiran anda jika diberi peluang menyelesaikan masalah 1MDB?

J: Realiti yang ada pada hari ini ialah kami berada di persimpangan jalan dalam keadaan di mana ada keperluan untuk membayar hutang dan keperluan untuk melabur dalam perniagaan - hartanah dan tenaga – yang semuanya memerlukan modal tambahan. Berdasarkan senario yang kami hadapi sekarang, selepas berbincang dengan pemegang saham, MoF (Kementerian Kewangan), kami yakin dengan kejayaan pelan rasionalisasi ini.

Opsyen terbaik ialah menjual aset atau membawa masuk pelabur baharu ke Ban­dar Malaysia untuk mengurangkan hutang ke paras lestari. Kami patut diberi peluang untuk melaksanakan pelan ini supaya syarikat ini tidak perlu kembali kepada kerajaan bagi mendapatkan sokongan tambahan.

S: Adakah kemungkinan syarikat ini dapat dipulihkan semula sepenuhnya?

J Melalui rasionalisasi, kami mempunyai tiga pilihan - mendapatkan lebih banyak ekuiti, menjual aset dan membayar hutang serta membawa masuk ekuiti daripada pihak ketiga.

S: Ketelusan?

J Dua kenyataan hampir setiap hari. Tahap ketelusan yang tinggi berkaitan dengan MoF. Akaun kewangan 1MDB boleh didapatkan secara terbuka. Nota kepada akaun itu amat lengkap. Sedikit sahaja syarikat di Ma­laysia mempunyai tahap pendedahan sedemikian dalam nota akaun. Kami telah menghasilkan banyak butir lengkap, kenyataan akhbar, temu bual. Ini merupakan usaha berterusan untuk berkongsi maklumat kepada umum termasuk penerbitan risalah oleh JASA yang menyediakan soal jawab lengkap mengenai lMDB. Kami harap dengan usaha berterusan ini, lebih banyak dapat dikongsikan.

S: Kebocoran dokumen?

J: Apa yang penting ialah konteks. Amat mudah mengambil sedutan dari do­kumen dan kemudian menghasilkan berita daripadanya. Sebab itu, Kabinet pada Mac meminta Ketua Audit Negara mengendalikan kajian menyeluruh mengenai ini. Menyiapkan laporan akhir menjelang hujung tahun ini. Adalah lebih baik pihak berkuasa mengambil kajian ini dan memperkongsikannya dengan orang ramai apa juga hasil kajian. Ingatlah bahawa PAC bersifat bi-partisan, jadi tidak ada yang diselindungi, dan keputusan yang wajar perlu dibuat.

S: Dana di Singapura?

J: Jika anda lihat semula nota akaun kami, adalah jelas dari September 2012, 1MDB telah pada mulanya membuat pelaburan dalam ekuiti dan pinjaman PetroSaudi. Setelah masa berlalu, dana itu telah diubah kepada unit, jadi sejak September 2012, ia adalah unit dana. Pada 2014,1MDB menebus unit dana itu dalam dua cara, satu dalam bentuk tunai menerusi jualan oleh pengurus dana dan kedua menerusi jualan unit da­na.

S: Takrif unit dana?

J: Jika anda mempunyai pelaburan unit amanah, apa yang anda ada ialah unit. Unit-unit itu mewakili pemilikan pelbagai aset terlindung. Jadi kita mempunyai dana yang diwakili menerusi unit-unit ini yang menjelaskan pelaburan yang terlindung. Daripada pihak kami, AS$2.33 bilion ini pada 31 Mac 2014, lMDB telah menebus kira-kira AS$l.4 bilion daripada wang tunai itu, wang tunai itu digunakan untuk pelbagai tujuan dan kami mempunyai baki AS$940 juta.

Dana itu didaftar di Caymen tetapi kami mempunyai bank custodian (simpanan) BSI di Singapura. Custodian merupakan ‘inter­face’ antara pemilik dengan pengurus dana, jadi tidak bererti dana ada di situ, tetapi yang wujud ialah interface kami dengan bank sebagai penyimpan.

Setelah menebus AS$1.4 bilion dalam bentuk tunai, kami sekarang mempunyai AS$940 juta unit dana. Sebagai sebahagian dari pelan rasionalisasi, kami akan lakukan ‘tukaran hutang untuk aset’ dengan IPIC.

S:Mana RM42 bilion? Apakah ia masuk ke poket seseorang?

J; Tidak. Wang itu telah diberikan penjelasan sepenuhnya dalam pelbagai kenyataan kewangan yang lMDB telah keluarkan pada Jun tahun ini. Jadi setiap sen syarikat itu telah dijelaskan dan boleh disemak.

S:Ke mana ia pergi? Mana dana itu?

J: Dari perspektif saya, saya boleh uruskan fakta dan angka, hingga (jika) ada pihak lain atau pihak ketiga membuat dakwaan ini, maka mereka perlu mengemukakan kete- rangan dan bukti kepada pihak berkuasa.

S: Mengenai pemalsuan kenyataan bank kepada PAC?

J: Saya tidak menyedari tentang hujah sebenarnya. Seperti saya katakan terdahulu, kenyataan kewangan lMDB adalah dokumen awam. Bagi kami, kami telah kemukakan hanya satu set kenyataan kewangan kepada (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) SSM.

S: Jadi RM42 bilion menjelang Januari, bolehkah anda mempunyai angka yang berbeza? Berapa yang anda perlu bayar setiap bulan bagi hutang anda?

J: Dari segi pelan rasionalisasi, objektif yang telah saya katakan sebelum ini adalah untuk mengurangkan dengan ketara hutang sya­rikat. Jika anda melihat urus niaga IPIC yang akan mengurangkan hutang kami sebanyak RM16 bilion dan daripada penjualan Edra, kami menyasar untuk mengurangkan hu­tang antara RM16 hingga RM18 bilion, supaya RM32 bilion pengurangan hutang kami. Berhubung dengan Bandar Malaysia, kami berbincang angka tertentu sebelum ini bahawa nilai syarikat mungkin kira-kira RM10 hingga RM11 bilion.

Jadi, bergantung kepada berapa banyak yang kami jual, kami akan mengurangkan dengan jumlah itu. Oleh itu, bagaimana anda melihat pelan rasionalisasi, ia dengan ketara akan mengurangkan hutang syari­kat. Kami berharap untuk melaksanakan semua peijanjian menjelang akhir tahun ini dan kemudian diharapkan wang akan ma­suk tidak lama selepas itu.

Dari segi beban faedah, dalam tahun kewangan yang lalu, kami telah membelanjakan RM2.4 bilion untuk membayar fa­edah. Saya rasa ini menunjukkan sejauh mana liabiliti kewangan ke atas syarikat itu, itulah sebabnya kami perlu mempunyai penyelesaian asas untuk menyelesaikan masalah.

S:Mengenai bayaran yang gagal dilunaskan. Anda gagal membayar hutang sebanyak dua kali?

J: Tidak, itu tidak benar. lMDB tidak pernah memungkiri mana-mana hutangnya.

………………………………………………………

1MDB bukan faktor kejatuhan ringgit

………………………………………………………

S:Maafkan saya, saya rasa anda gagal membayar? Itulah sebabnya terdapat banyak kontroversi mengenai kemampuan anda membayar balik hutang. Ini beberapa bulan lalu?

J: Sila tunjukkan kepada saya di mana kami telah gagal membayar. 1MDB sentiasa melunaskan hutang. Sudah tentu kami sen­tiasa mengadakan perbincangan dengan pemberi pinjaman dan pemegang hutang kami mengenai menguruskan profil pembayaran tetapi kami telah membuat pengumuman kepada orang ramai tahun ini jumlah pembayaran balik hutang utama, sebagai contoh pada Februari kami mem­bayar balik RM2 bilion kepada sebuah konsortium bank.

S: Swiss Bank?

J: Lima bank. Kami membayar RM600 juta pinjaman kepada sebuah bank. Pada Jun, kami membayar AS$975 juta, jadi itu kira- kira RM3.6 bilion kepada bank konsortium asing. Jadi ini adalah bukti pembayaran balik hutang oleh 1MDB dan sudah tentu seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami sentiasa membayar semua bayaran faedah yang akan dikenakan.

S: Apakah pembayaran berikutnya, bagi kupon atau bon?

J: Pembayaran akan datang adalah pada November, kami mempunyai bayaran ku­pon untuk sukuk RM5 bilion yang lMDB diterbitkan pada tahun 2009. Jadi, kira-kira RM l45juta.

S: Dan pelaburnya?

J: Terutama pelabur tempatan kerana ia merupakan sukuk ringgit.

S: Terdapat kritikan yang tersebar luas bahawa pelaburan syarikat milik kerjaan melabur dalam lMDB. Kita bercakap mengenai Tabung Haji, KWAP, KWSP dan malah TNB yang dianggap sebagai entiti kerajaan. Mereka menyatakan itu semua langkah menyelamat berbanding ke pasaran dan mendapatkan pembelian luar? Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

J: Pertama sekali apabila anda melihat Tabung Haji, mereka membeli sebidang tanah, jadi tanah itu kini milik mereka dalam satu pembangunan yang sangat dinamik yang dikenali sebagai TRX dan kami amat yakin bahawa mereka akan dapat membangunkan dan menjual tanah itu sebagaimana yang mereka difikirkan sesuai.

Dari segi KWAP, KWSP dan sebagainya, mereka telah membeli bon dan semua pinjaman daripada syarikat-syarikat tenaga yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat tenaga. Jadi, bon ini dicagarkan ke atas aset jana kuasa dan mempunyai aliran tunai daripada PPA (perjanjian pembelian te­naga) yang diperuntukkan kepada mereka sebagai bayaran balik.

Jadi pada pandangan saya, keupayaan untuk membayar hutang berkenaan yang agak teijamin dan kukuh. Sekarang dari segi perkara ketiga yang anda kemukakan, pertama sekali Tenaga Nasional hanya 30 peratus milik Khazanah yang adalah entiti kerajaan dan adalah sebuah syarikat senarai awam.

TNB, secara sendiri, antara pembida dalam penjualan Edra, tetapi seperti yang kita cakap mengenainya se­belum ini, kami sebenarnya mempunyai empat pembida yang disenarai pendek.

Tiga telah mengemukakan bidaan akhir dan muktamad. Sekarang kami akan melalui proses menilai dan lembaga pengarah lMDB dan pemegang saham lMDB akan melihat nilai yang dijana dan terma pembayaran serta semua terma dan syarat- syarat lain sebelum membuat keputusan. Jadi, belum muktamad bahawa ia akan ke satu pihak atau yang lain.

S: Baiklah, kembali kepada Tabung Haji yang membeli tanah, sebidang tanah di TRX. Mereka berkata, jumlah yang mereka bayar tidak bersamaan dengan harga tanah yang sepatutnya, mereka telah membayar lebih sedikit daripada apa yang sepatutnya. Pendek kata, ini juga langkah menyelamat?

J: Itu memang salah. Jika dilihat pada harga tanah yang setanding untuk jenis lokasi, Tabung Haji sebenarnya telah mem­bayar harga yang lebih rendah, saya rasa anda boleh bertanya kepada mana-mana jurunilai hartanah atau pakar pasaran yang akan mengesahkannya. Sekali lagi, saya minta anda melihat transaksi yang kami umumkan kepada awam yang me- nunjukkan secara keseluruhannya Tabung Haji mendapat urus niaga yang baik.

S:Masalah kewangan yang dihadapi oleh lMDB seolah-olah memberikan tekanan tambahan kepada ringgit, yang sudah mengalami tekanan oleh kadar faedah AS dan semua itu, ia menjejaskan keyakinan pelabur dan pasaran bersetuju dengannya. Apa pandangan anda mengenai ini. Anda bersetuju dengan andaian ini?

J: Jika anda melihat satu bulan lalu dan menilai turun naik ringgit, turun naik nilai ringgit dan bandingkan dengan berita me­ngenai lMDB, anda akan melihat tidak ada hubung kait. Betul? Saya rasa ringgit dipengaruhi oleh harga minyak, contohnya dengan kebimbangan terhadap pasaran baru muncul seperti mata wang, real, Brazil, kroner Norway atau dolar New Zealand. Semua mata wang ini berkait, sama ada kepada harga komoditi atau dalam pasaran baru muncul.

Terdapat juga penurunan nilai di China, yang sekali lagi menimbulkan beberapa isu. Bukanlah hendak mengatakan lMDB tidak memberi kesan langsung, saya bersetuju dengan anda bahawa terdapat be­berapa kesan yang tidak menentu di sekeliling tetapi saya juga ingin menyatakan bahawa memandangkan pelbagai ketidaktentuan politik di negara ini juga telah mempengaruhi nilai mata wang.

Jadi, ter­dapat pelbagai faktor pada bila-bila masa yang menentukan perdagangan mata wang termasuk pandangan peniaga membeli dan menjual inventori dan sebagainya. Jadi, untuk mengatakan bahawa kerana satu syarikat, saya rasa ia agak keterlaluan.

S: Apa yang boleh anda beritahu ke­pada pelabur untuk mengurangkan kebimbangan ke atas ringgit?

J: Dua perkara, yang pertama, kami tidak pernah gagal membayar hutang kami, kami telah membayar pinjaman pokok dan faedahnya apabila tiba masanya. Dan kedua, kami mempunyai rancangan, iaitu pelan rasionalisasi untuk secara progresif melupuskan aset atau untuk membawa masuk ekuiti baharu bagi mengurangkan hutang lMDB. Jadi dari perspektif pelabur, perlu lega yang kami menyedari cabaran, kami terbuka mengenainya dan kami di sini untuk membetulkan keadaan.

S: Beberapa minggu lalu, Majlis Raja- Raja mengeluarkan kenyataan meminta kepimpinan menyelesaikan krisis lMDB secepat mungkin. Ini belum pernah terjadi, jadi apa yang anda ingin katakan sebagai CEO dan Presiden Kumpulan lMDB?

J: Dari perspektif 1MDB dan kerajaan Ma­laysia, kami memandang serius dan menghormati pendapat dan pandangan yang dinyatakan oleh semua pihak, rakyat, ke­rajaan, pembangkang, dan juga Raja-Raja di negara ini. Kerajaan telah menunjukkan pendekatan tegas dan komited kepada lMDB melalui pelan rasionalisasi, dan saya berharap perbincangan hal ini akan menjelaskan lagi matlamat kami. Iaitu untuk melupuskan aset atau menjual ekuiti dalam usaha untuk mengurangkan hutang negara. Usaha ini berterusan dan kami berharap untuk mempunyai resolusi menjelang akhir tahun ini seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri pada Jun 2015.

S: Ada pepatah menyebut ‘kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang’. Ada dakwaan daripada Tun Dr Mahathir (Mohamad), pembangkang, media asing dan tempatan. Adakah mereka semua salah?

J: Jadi, sekali lagi Mikhail, apa yang saya rasa kami perlu lakukan ialah dalam fakta dan dalam angka. Setiap kali dakwaan tertentu dibuat, syarikat telah mengeluarkan, kenyataan, anda dialu-alukan untuk melihat laman web kami untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai fakta. Pendapat tentunya adalah isu lain. Kini Tun Mahathir sendiri baru-baru ini telah dipetik dalam video sebagai berkata bahawa beliau tidak mempunyai bukti yang cukup untuk membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri. Jadi, pada pan­dangan saya, kami perlu berasaskan ke­pada fakta, kita tidak boleh bergantung pada dakwaan khabar angin dan kenya­taan tidak berasas lain tanpa bukti.

S: Saya perlu bertanya anda mengenai perkara ini. Jutawan, Jho Low… ada­kah beliau mempunyai apa-apa kaitan dengan lMDB, dan pernahkah anda bertemu beliau selepas mengambil alih jawatan sebagai CEO lMDB?

J: Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Jho Low merupakan penasihat ke­pada TIA (Lembaga Pelaburan Terengganu) sebelum saham yang dipindahkan kepada kerajaan Malaysia dan perubahan nama kepada lMDB.

Beliau sebenarnya telah meletak jawatan pada pertengahan Mei 2009, sebelum saham dalam TIA dibeli oleh ke­rajaan dan nama ditukar kepada lMDB.

Dari perspektif lMDB, Jho Low tidak pernah dibayar oleh syarikat itu, beliau tidak pernah diambil bekerja oleh syarikat, dan operasi syarikat yang dikendalikan oleh pihak pengurusan dan lembaga pengarah lMDB.

Dengan pengawasan da­ripada pemegang saham yang merupakan Kementerian Kewangan. Tidak, itu tidak benar. lMDB tidak pernah memungkiri mana-mana hutangnya.

S: Anda berurusan dengan semua sya­rikat, anak syarikat dan syarikat prinsipal di luar negara. Adakah mana-mana syarikat berkenaan milik Jho Low?

J: Setakat yang kami tahu, tidak. Jadi interaksi kami adalah dengan syarikat guaman kami dan sama ada mereka mem­punyai kepentingan perniagaan, itu suatu di luar pengetahuan kami.

S:Secara strategiknya, di mana anda lihat lMDB, mungkin dalam tiga tahun akan datang?

J: Idea asal 1MDB, iaitu menjadi pemangkin dan untuk bertindak sebagai syarikat pembangunan strategik, pada pandangan saya ia telah dicapai melalui pelbagai contoh yang kita telah bincangkan iaitu yang merupakan penyatuan industri kuasa, pembangunan Bandar Malaysia, dan juga TRX.

Sekarang, mengenai masa depan dan memandangkan cabaran yang dihadapi sya­rikat, kami terpaksa mengambil keputusan untuk menyusun semula dan mengubah beberapa aspek model perniagaan.

Jadi, apa yang kami tumpukan pada masa ini ialah untuk mencapai objektif pelan rasionalisasi. Saya rasa dari segi apa yang berlaku seterusnya kepada syarikat, sesuatu yang saya sentiasa bincang secara berterusan dengan pemegang saham. Apabila kami dapat melalui fasa ini, saya pasti akan ada pengumuman lanjut mengenai apa yang berlaku seterusnya.

S:Apabila anda mengemukakan akaun, alasan anda ialah anda dalam penyiasatan dan mereka mengambil dokumen dan sebagainya. Tidakkah anda mempunyai salinan untuk melengkapkan akaun?

J: Bagi melengkapkan akaun, anda memerlukan dokumen asal untuk dilihat juruaudit. Dokumen-dokumen asal kami, sebahagian besarnya telah diambil PDRM pada 8 Julai 2015. Oleh itu, sewajarnya kami perlu mendapatkan lanjutan dan lanjutan undang-undang daripada SSM (Suruhanjaya Syarikat) untuk mengemukakan akaun kami pada 31 Mac 2016.

S:Jadi anda menunggu dokumen terbabit dikembalikan kepada 1MDB un­tuk melengkapkan akaun, sementara itu, anda tidak boleh melakukannya?

J: Betul tu. Dari segi dokumen asal bagi juruaudit mengkaji dan mengaudit, dan mengesahkan ketepatan.

S: Bagaimana jika penyiasatan berlarutan selama setahun, melangkaui 31 Mac, bagaimana?

J: Saya rasa kita perlu menangani satu persatu, dan sudah tentu bagi anak syarikat tenaga dan anak syarikat hartanah kami, akaun hampir dimuktamadkan, hampir siap. Isunya ialah peringkat syarikat pegangan di mana dokumen kami telah diambil.

Kita akan menyelesaikan satu persatu. Tunggulah jika dan apabila pihak berkuasa akan kembalikan dokumen-dokumen untuk akaun syarikat pe­gangan dan kami boleh mengambil tindakan sewajarnya.

S: Saya perlu bertanya anda soalan ini. Kontroversi ini mengenai wang dan sumbangan ke akaun Perdana Menteri. Adakah dalam apa-apa cara, 1MDB terbabit dalam dakwaan itu?

J: Sama sekali tidak, dan sebenarnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay­sia) telah secara terbuka menyatakan bahawa dana itu bukan dari 1MDB ke akaun Perdana Menteri. SPRM juga telah secara terbuka menyatakan bahawa ia tidak menyiasat lMDB.

S: Kita hampir mengakhiri program, saya serahkan kepada anda, Arul. Apa yang ingin anda katakan kepada kami, kepada rakyat Malaysia mengenai lMDB?

J: Apa yang saya ingin merumuskan ba­hawa, idea di sebalik lMDB adalah suatu yang baik dan ia telah mencapai banyak matlamat strategiknya. Malangnya, terdapat beberapa cabaran, yang menyebabkan keperluan untuk menukar rancangan itu yang kini sedang dilaksanakan melalui pelan rasionalisasi.

Oleh itu, kami wajar diberi peluang un­tuk melaksanakan rancangan untuk memastikan kami membayar hutang kami, untuk mengurangkan tahap hutang, di samping bekeija dengan pihak berkuasa di negara ini untuk memberikan mereka maklumat sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Jadi saya menggesa orang ramai agar memberi kami ruang untuk memaksimumkan nilai aset supaya kami tidak perlu kembali kepada kerajaan untuk melaksanakan rancangan kami.

S: Apabila mereka sudah menandatangani perjanjian dan semuanya, boleh anda beritahu kami bila semua hutang akan dilunaskan?

J: Itulah harapan saya, untuk memberikan maklumat terkini sebaik sahaja kami memutuskan sebanyak mana daripada setiap aset untuk dijual dan jumlah hasil. Pastinya, kami akan mengeluarkan maklumat terkini, mungkin akhir tahun atau awal tahun depan, mengenai hala tuju kami.

2 comments:

  1. Hello semua orang, Nama saya Sasha Ahmad, seorang warganegara Malaysia; saya 38 tahun .. saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda semua tentang kebaikan tuan untuk akhirnya membawa saya kepada pemberi pinjaman pinjaman benar-benar dan tulen bernama Joyce Roland, pengarah urusan JOYCE ROLAND Pinjaman Syarikat selepas telah scammed oleh peminjam palsu lain, i adalah sia-sia dan tidak tahu siapa yang harus dipercayai semasa dia datang dan meletakkan senyuman pada wajah saya pada kejutan terbesar saya. Sesiapa di antara kamu yang juga telah menjadi mangsa penipuan, anda perlu bersusah payah tidak lebih cos, saya mempunyai membawa anda berita baik dan satu-satunya pemberi pinjaman anda boleh percaya, sila hubungi mereka sekarang melalui e-mel: {joycerolandloancompany@gmail.com »} lebih maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda atau anda boleh hubungi saya melalui e-mel saya untuk mendapatkan panduan lanjut dan nasihat mengenai bagaimana untuk memohon pinjaman dari Puan Joyce dalam sashaahmad247@gmail.com. Dan sekali lagi syukur kepada JOYCE ROLAND kerana memberi pinjaman sebanyak $ 80,000 ...

    ReplyDelete
  2. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman dari syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang untuk kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui e-mel:
    homeloan1011@gmail.com

    (1) Nama Penuh
    (2) Alamat Penuh
    (3) Negara
    (4) Umur
    (5) Pekerjaan
    (6) Beritahu nombor telefon
    (7) Seks:
    (8) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    (9) Tempoh Pinjaman

    Email kami di: homeloan1011@gmail.com

    ReplyDelete