Home » , » Malaysian Insider : Read First, Trust Last!

Malaysian Insider : Read First, Trust Last!

Kebelakangan ini ramai yang marah dengan portal The Malaysian Insider (TMI), kerana berita-berita pelik lagi bohong yang mereka terbitkan.

TMI, nampaknya sengaja bermain api untuk memprovokasi serta melaga-lagakan pelbagai pihak di Malaysia. TMI memang pakar menangguk di air keruh.

TMI sepatutnya sudah lama dibatalkan penerbitannya di alam maya. terbukti sudah TMI adalah agen pembuat dan penyebar fitnah No 1 di Malaysia hari ini. Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sepatutnya sudah mengesan dan mengambil tindakan terhadap TMI.
Antara Fitnah Terbaru The Malaysian Insider

Seingat IBHH, TMI mula nampak ciri-ciri penfitnahnya sejak peristiwa MH370 lagi, banyak laporannya bercanggah dan menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak munasabah dan palsu.

Amat malang apabila SKMM seolah-olah buta dan pekak akan perihal penyebaran laporan palsu dan fitnah oleh TMI. Mungkinkah anggota SKMM 'merestui' fitnah TMI tersebut? Bukan tiada pihak yang melapor, TMI bukan sahaja menfitnah secara membabi-buta tetapi seolah-olah mempunyai agenda tersusun menyampaikan sesuatu yang palsu kepada pembacanya. Selepas kejatuhan kepercayaan terhadap portal Malaysiakini, TMI telah mengambil alih peranan tersebut. 

Inilah agenda jahat lagi busuk hati media propaganda pro pembangkang. Yang lebih menariknya, ada juga sesetengah pemimpin pembangkang yang tidak sehaluan telunjuk dengan TMI dan Malaysiakini telah juga difitnah dan dimalukan. Begitu jijik permainan politik mereka.

IBHH menasihati pembaca yang membaca sebarang artikel dalam TMI mencari keesahan maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkannya.

Atau jangan percaya teruslah apa saja laporan mereka, kerana kita tahu mereka punya niat jahat untuk menyelewengkan fakta dan menyerang minda masyarakat terhadap informasi atas talian. 

The Malaysian Insider boleh kita baca, tapi percaya JANGAN sekali.

0 comments:

Post a Comment