Home » » Jumpa, Diambil Gambar...Itu Kawan Baik!

Jumpa, Diambil Gambar...Itu Kawan Baik!

IBHH hairan dengan kebodohan masyarakat media (netizen) di Malaysia hari ini. Apa saja yang terpapar di media khususnya media sosial di percaya 100%. Tiada langsung nilai ilmu dalam diri.

Sehari dua ni, ramai yang percaya Malaysia mempunyai hubungan rasmi dengan Israel. Ini akibat daripada penyebaran sekeping gambar Perdana Menteri Dato Seri Najib bersalaman dengan PM Israel, Benjamin Netanyahu.

Riuhlah laman sosial, kononnya Najib sekutu Israel, timbul semula APCO, Najib bersekongkol dengan Yahudi dan pelbagai andaian dan akhirnya menjadi fitnah. Malangnya, penyebar fitnah itu tidak pun mengetahui perkara duduk yang sebenar sebaliknya hanya menyebar kerana suka-suka. Kan suka-suka juga dapat dosa?

Betul-betul pelik melihat netizen hari ini, semacam satu wabak penyakit kerana ramai tukang forward berita. Kalau benar baguslah, kalau bermanfaat dapat juga pahala. Kalau salah, kalau tak betul?

Kalau penyakit ini berterusan tanpa diberi kesedaran tak mustahil negara kita satu hari nanti akan di serang atau di jajah semula atau berlaku darurat akibat pergaduhan kaum. Ini semua akibat dari sikap menyampai maklumat salah dari kalangan kita sebagai pengguna media. Dunia digital lebih berbahaya sekarang. Ajarlah anak-anak kita menyampaikan berita yang bermanfaat kepada diri dan masyarakat.

Nah IBHH belanja satu gambar, Adakah mereka bertiga ini sedang terlibat dalam cinta tiga segi?

0 comments:

Post a Comment