Hutang PTPTN nampaknya merupakan salah satu isu berhutang yang membelenggu generasi Y atau B40 masa kini. PTPTN menghadapi masalah memungut semula hutangnya dari peminjam sehingga memaksa badan itu memikirkan dan mengambil pelbagai jalan untuk mendapatkan semula pembiayaannya bagi menampung kos pembiayaan baru seterusnya. Peminjam pula punya alasan yang pelbagai untuk mengelak membayar semula pinjaman pendidikan mereka.
Mengikut laporan sehingga Mei 2013, seramai 1,284,299 peminjam perlu membuat bayaran balik dengan amaun sebanyak RM8.75 bilion. Jumlah ini tidak termasuk seramai 15,372 peminjam yang diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran atau masih belum bekerja yang melibatkan amaun sebanyak RM129.89 juta. Daripada jumlah tersebut, seramai 866,205 peminjam telah membuat bayaran balik dengan amaun sebanyak RM4.11 bilion. Ini menjadikan tertunggak ialah sebanyak RM4.64 bilion daripada seramai 418,094 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik dan juga tunggakan oleh peminjam yang dibenarkan membayar ansuran lebih rendah daripada ansuran sebenar.
Itu jawapan Menteri Pendidikan pada tahun 2013, mungkin angka itu semakin meningkat hari ini.
Apakah isu yang sebenar? Apakah ada jalan untuk win-win situation?
Kaedah UJRAH
Kaedah Ujrah nampaknya adalah kaedah terbaik masa kini yang diguna pakai PTPTN untuk menarik minat peminjam liat membayar semula pinjaman mereka. Walau bagaimanapun, masih ramai peminjam gagal membuat bayaran semula. Mengapa keadaan ini berlaku?
Menjawab isu ini, kita harus mendekati masalah tersebut secara berdepan, melihat isu ini dengan lebih realistik.
Rata-rata peminjam 'terhenti' untuk meneruskan proses memulakan pembayaran kerana 'karenah birokrasi' yang mereka hadapi semasa berurusan dengan PTPTN. Mahu tidak mahu kita harus akui kelemahan ini.
Ini adalah fakta kes, seorang peminjam yang telah memulakan bayaran pada penghujung tahun 2007 sehingga hari ini masih membayar secara bulanan tanpa gagal (potong gaji) sebanyak RM 102.17 ingin memulakan proses penukaran kepada kaedah ujrah selepas tempoh promosi. Peminjam terkejut kerana hutang prinsipalnya yang lebih kurang RM 22,000 hanya berkurangan menjadi RM 20,000 sahaja! Apakah kegilaan ini? Hampir 8 tahun membayar tanpa gagal baru RM2,000 sahaja yang dilangsaikan.
Kita ikuti perbualan ini untuk mendapat gambaran sebenar 'karenah birokrasi' yang penulis maksudkan.
Pegawai PTPTN : "Itu sistem bayaran lama puan"
Peminjam: "Jadi boleh saya tukar kepada sistem ujrah?"
Pegawai PTPTN : Cek dalam sistemnya, "boleh, tapi puan ada tunggakan sebanyak RM 8,000 sebab bayaran bulanan puan terlalu rendah"
Peminjam : "So, nak buat macam mana?"
Pegawai PTPTN : "Puan kena bayar 25% dari jumlah tunggakan, baru puan boleh tukar kepada Ujrah"
Peminjam : "RM 2000 lah ya? Takpa nanti saya bayar, sekarang takda duit banyak tu nak bayar."
Sehingga kini peminjam kekal dengan bayaran RM102.17 sebulan tanpa meneruskan proses pertukaran kepada sistem ujrah.
Inilah kegagalan utama PTPTN memungut dan menggalakkan peminjam melangsaikan hutang PTPTN. Ini kes peminjam yang membayar secara konsisten tetapi jumlah bayarannya kurang dari nilai yang sepatutnya. Bagaimana pula peminjam yang langsung tidak pernah membayar sesen pun?, pasti jumlahnya lebih tinggi dari nilai RM 8,000 itu dan pelbagai karenah lagi yang terpaksa dilalui (turun naik mahkamah).
Cadangan sempena Bajet 2016, (manalah tahu kalau masih sempat dipertimbangkan oleh Dato Seri Najib!)
Bajet 2016 boleh mencadangkan kepada PTPTN agar berusaha untuk memungut semula hutang prinsipalnya. Jika kita dalami masalah di atas, kita dapati PTPTN lebih mengutamakan memungut hutang berkaitan kos-kos sampingan seperti denda, saman dan sebagainya baru lah mereka mahu berurusan berkaitan hutang prinsipal.
PTPTN sepatutnya lebih mesra agar peminjam tidak takut dan lari dari membayar hutangnya. Sistem Ujrah yang diperkenalkan sebenarnya cukup baik untuk menggalakkan peminjam membayar hutangnya, tetapi kos-kos sampingan itulah yang menjadi halangan kepada peminjam.
Lihat bagaimana syarikat telekomunikasi mempromosikan perniagaannya. Pelanggan tidak perlu mengeluarkan walau sesen pun semasa berurusan memilih pelan telekomunikasi mereka. Lebih hebat dari itu pelanggan tersenyum pula membawa pulang telefon 'percuma'.
Kaedah 'one stop' juga perlu diaplikasikan agar peminjam tidak perlu berulang-alik ke kaunter PTPTN untuk menguruskan pembayaran hutang mereka. Saman dan tindakan mahkamah boleh ditarik balik asalkan peminjam menyatakan komitmen untuk menyelesaikan masalahnya.
Artikel ini bukan mahu membelasah PTPTN semata-mata, tetapi untuk menyelesaikan masalah yang tidak pernah selesai ini. Penulis percaya, jika kaedah mesra peminjam ini dapat diperkenalkan dengan karenah birokrasi yang minima, ramai peminjam akan datang menyerah diri kepada PTPTN. PTPTN hendaklah meletakkan keutamaan untuk membantu peminjam melangsaikan hutangnya bukan menambah beban hutang mereka lagi.
Kepada peminjam yang degil, ingatlah hutang jangan dibawa mati, semasa hidup inilah mahu diselesaikan hutang kita.
Semoga Bajet 2016 ini memberi cahaya di hujung terowong kepada peminjam PTPTN. PTPTN dapat pungut hutang, peminjam langsai hutang, win-win situation!
Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.
ReplyDeleteBeberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)
Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.
Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: estherpatrick83@gmail.com untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: suryantosuryanto524@gmail.com