Marilah kita menyedekahkan Al Fatihah keatas para pemimpin dan pejuang kita yang telah berkorban jiwa dan raga demi sebuah tanah air tercinta ini.
Tanpa mereka mungkin kita tidak berada di sini. Atau mungkin juga kita di sini tetapi dalam keadaan yang berlainan dari hari ini.
Pemimpin dan pejuang negara tidak akan meminta apa-apa bayaran daripada kita, hasrat mereka pastilah mahu melihat kita mewarisi negara ini dengan penuh kasih sayang.
Hari ini kita bertanggungjawab untuk mewariskan negara ini kepada generasi mendatang dalam keadaan yang lebih baik dari kita menerimanya.
Salam kemerdekaan!
0 comments:
Post a Comment