Home » » Politik Kampus: Politik Mahasiswa Atau Politik HEP?

Politik Kampus: Politik Mahasiswa Atau Politik HEP?

Sekadar satu pandangan dari jauh selepas sepuluh tahun meninggalkan dunia kampus. Politik mahasiswa nampaknya sudah jauh berubah. Entah apa jadinya? 

IBHH mengikuti laporan berita di TV mengisytiharkan kumpulan Pro Aspirasi atau Pro Kerajaan kembali menguasai arena politik kampus di beberapa universiti awam. Lebih menarik, Perdana Menteri juga bercakap tentang politik kampus. IBHH sengih sorang-sorang, pakat kena kencing atas darat kering lah PM!

Ya, memang benar, politik kampus menjadi ukuran sokongan anak muda terhadap kerajaan atau pembangkang. Keputusan pilihan raya kampus boleh mempengaruhi sikap pengundi dalam proses pilihan raya umum. Oleh sebab itu lah parti politik dan pemimpin politik tergila-gila mengadakan hubungan politik dengan mahasiswa di kampus.


Yang menarik perhatian IBHH untuk mengupas pemilihan kepimpinan mahasiswa kali ini adalah tentang gerakan pelajar bukan tentang keputusannya.

Setakat dalam pengetahuan IBHH, gerakan pelajar hari ini banyak dipengaruhi oleh tindakan dan keputusan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) atau Hal Ehwal Mahasiswa (HEM).

IBHH melihat gerakan pelajar telah dimandulkan oleh HEP/HEM yang cenderung untuk mengisytiharkan keputusan PR Kampus agar dilaporkan sesiapa sahaja yang menang PRK adalah kemenangan Pro Aspirasi. Ini kerana HEP/HEM mengambil jalan mudah agar mereka mudah menjawab kepada Kementerian Pengajian Tinggi tanpa banyak songel.

Di sinilah matinya politik mahasiswa. Mahasiswa terutama yang di cop sebagai Aspirasi banyaknya bukan lah genuine menyokong kerajaan. Manakala gerakan yang kuat dan hidup adalah gerakan pelajar pro pembangkang yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa.

Kena Fikir Semula Nih!
Berdasarkan pemerhatian IBHH, hanya kemenangan Pro Aspirasi di Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja yang dilihat tulen menggambarkan gerakan pelajar pro kerajaan, itu pun pasti ada campur tangan HEP/HEM. Ini hakikat dan fakta yang harus diterima oleh semua termasuk Perdana Menteri. Jangan terlalu seronok ditipu oleh HEP/HEM yang suka buat kerja mudah.

Politik kampus telah sekian lama dipengaruhi dan dicatur oleh gerakan subversif pembangkang. Maka pabila campur tangan HEP/HEM dilihat awalnya untuk mengimbangi keadaan ini akhirnya telah memandulkan gerakan mahasiswa pro kerajaan. Jika di dalami, di banyak kampus hari ini tiada yang boleh dikatakan benar-benar tulen suara dan aspirasi anak muda mahasiswa pendukung aspirasi negara. Banyaknya lesu dan mengikut telunjuk HEP/HEM.

Melihat kekalahan mahasiswa pro pembangkang pula kali ini boleh dirumuskan bukanlah kerana kuatnya gerakan pelajar pro kerajaan, di UM misalnya, gerakan mahasiswa pembangkang yang terkesan akibat perpecahan PAS-PAN telah mengambil jalan memboikot pilihanraya kampus kali ini. Disebabkan itulah Pro aspirasi nampaknya tidak menghadapi tentangan sengit.

Baca juga ; PAS Umpama Sundal

Di universiti lain pula seperti UPSI, gerakan Pro Aspirasi atas tiket We Love UPSI menang dan merampas semula UPSI berikutan 'taktik kotor' HEP yang mengumumkan tarikh pilihan raya kampus secara tiba-tiba dan tempoh bersiap sedia amat pendek. Kempen pun tiga hari sahaja. Bagi seorang bekas mahasiswa yang terlibat dengan politik mahasiswa, IBHH merasakan kemenangan ini adalah kemenangan 'pondan & dayus'. Maka banyaklah kerusi yang We Love UPSI Menang Tanpa Bertanding.

IBHH tidak lah mahu menuding jari atau mencari salah siapa, cuma bercerita hal sebenar dan jangan terlalu seronok dengan angka tersebut. Ukuran sebenar adalah PRU nanti. Kajian mendalam dan angka haruslah benar-benar menunjukkkan kerajaan BN mampu menang lagi dengan majoriti 2/3.

IBHH rindu politik kampus dulu-dulu! Dulu kami lawan cara anak jantan, lebih best tiada tangan ghaib HEP tetapi kami menjadi tangan ghaib yang menentukan siapa di HEP!    

0 comments:

Post a Comment