Home » » Penyebar Berita Palsu Arab Saudi Pancung 28 Petugas Haji Lebih Keji Dari Fitnah Saiful Nang!

Penyebar Berita Palsu Arab Saudi Pancung 28 Petugas Haji Lebih Keji Dari Fitnah Saiful Nang!

IBHH terpanggil untuk mengupas dua isu besar berkaitan ibadah haji musim 1436H kali ini. Pertama isu penghinaan oleh Saiful Nang (seorang jurugambar fofular) terhadap keadaan dan situasi di Mekah. Yang kedua berkenaan isu kerajaan Arab Saudi menjatuhkan hukuman pancung ke atas 28 orang petugas haji yang gagal mengawal keadaan sehingga menyebabkan kematian ramai jemaah haji dalam tragedi rempuhan di Mina pada 24 September lalu. 


Pemerhatian pertama IBHH mendapati Saiful Nang telah dikritik hebat oleh netizen dan blogger yang menganggap dia telah menghina kesucian Kota Mekah umat Islam. Pelbagai kata tohmah dilemparkan kepada SN. IBHH tidak sesekali bersetuju dengan kenyataan SN tersebut tetapi mengambil sikap berdiam diri tanpa mahu mengupas lanjut. Dari satu sudut, mungkin kenyataan SN itu adalah pengalamannya sendiri yang 'menikmati' 'syurga' duniawi di Kota Mekah, sebab itulah dia berani mengeluarkan kenyataan tersebut. Nenek IBHH pernah berpesan, apabila berada di Mekah kita akan berjumpa dengan diri kita sendiri. jika bersih maka bersih dan nikmat lah kita yang berada di Kota Mekah. Jika diri kita kotor, maka kotor lah kita dapat di Mekah.

Cukup setakat itu pandangan IBHH terhadap kenyataan SN itu.

Kemudian selang beberapa hari dari bisingnya netizen dan blogger mengutuk menghentam Saiful Nang, tiba-tiba muncul pula berita palsu berkaitan hukuman pancung ke atas 28 petugas haji susulan peristiwa rempuhan di Mina.

Tanpa berlengah, mahu mengejar rating barang kali atau mahu jadi yang pertama banyaklah blogger dan netizen menyebarkan berita tersebut tanpa usul periksa sahih benarnya sumber berita itu. Yang bestnya, penyebar berita fitnah dan palsu itu banyaknya adalah mereka yang begitu kuat menghentam kenyataan fitnah SN! Pelik kan? Apa beza mereka dengan Saiful Nang? 2x5 juga fitnahnya!

Baca sini untuk mengetahui cerita palsu ciptaan Syiah untuk memburukkan kerajaan Islam Arab Saudi! 

Ringkasnya, cerita ini diada-adakan oleh media berpengkalan di Iran bertujuan menimbulkan persepsi buruk terhadap kepimpinan Islam di Arab Saudi.

Maka bertepuk tanganlah puak syiah kerana ramainya blogger dan netizen Malaysia yang 'gila'kan ranking membantu mereka menghancurkan kepimpinan Islam di Arab Saudi. 

Jadi blogger yang menghentam SN tetapi pada masa yang sama menyebarkan berita fitnah lagi palsu itu jelas lebih hina dan lagi jahil berbanding SN. Mereka menulis kerana mengejar rating dan mencari sesuap nasi dari berita fitnah lagi palsu itu.

Jika para audien rajin search di google dan mencari siapakah blogger yang IBHH maksudkan pasti anda akan setuju bahawa mereka menulis bukan kerana mahu menyampaikan kebenaran dan didikan tetapi semata-mata tujuan untuk menjadi nombor satu. Blog dan portal mereka lebih banyak menulis tentang fitnah dan menyebar aib orang berbanding menulis atas nama ilmu dan fakta.

IBHH boleh memberi beberapa contoh, tapi rasanya tak perlu lah, audien kena rajin-rajinkan diri mencari kebenaran dakwaan IBHH ini. Taip saja di google dengan carian bertajuk rempuhan mina, atau Raja Salman arahkan 28 petugas haji Arab Saudi dipancung. Anda pasti jumpa pemfitnah itu, lihat juga ada atau tidak artikel hentam SN? 

IBHH mengingatkan diri sendiri agar tidak sesekali menjadi 'wartawan' fitnah seperti mereka. IBHH menulis kerana mahu berkongsi idea dan pandangan bukan kerana mahu viral cerita celah kangkang atau cerita palsu yang entah dari mana asal tujuannya.

Saiful Nang keji! Penyebar berita palsu lagi keji kerana menjadi tangan syaitan menyebar aib dan fitnah!



  

0 comments:

Post a Comment