Untuk mereka yang mahukan fakta, bagi mereka yang tidak mahu membabi buta, kepada yang mahu membaca dan mengaplikasikan ilmunya. Ini sedikit catatan IBHH untuk memahami semula kronologi keterlibatan pihak-pihak yang pernah disebut dalam komplot menjatuhkan kerajaan.
Imbau semula, throwback! Pembangkang adalah pihak yang mula-mula menyebut tentang penyelewengan 1MDB dan keterlibatan langsung PM dalam penyelewengan ini. Ini asas tuduhan atau mulanya jalan cerita. Introduction yang sangat meyakinkan, tuduhan nampak berasas, satu demi satu 'fakta' dikeluarkan. Pada waktu itu, ramai yang tidak pernah kenal apa itu 1MDB mulai kenal dan membencinya. Serangan keatas 1MDB sebenarnya bermula sekitar Oktober 2010 lagi.
Kenapa 1MDB mesti di serang? Nantilah IBHH kupas dalam artikel lain.
Pada IBHH, pembangkang nampak meyakinkan dalam serangan ke atas 1MDB kerana mereka mempunyai 'story board' yang jelas dengan 'punchline' yang tepat mengena rusuk kerajaan. Mereka bermula dengan menyerang intergriti, mengaitkannya dengan rasuah dan menyatalangsungkannya dengan pimpinan negara. Mereka yakin dokumen ditangan mereka cukup untuk menamatkan riwayat politik BN sekaligus membuka jalan kepada mereka untuk berkuasa di Putrajaya. Itulah ending story board mereka.
Dokumen yang menjadi senjata sulit mereka itu lah sebenarnya berasal dari Xavier Andre Justo. Justo mencuri dokumen dari majikan lamanya iaitu Petro Saudi International dengan tujuan untuk memeras ugut majikannya yang memecatnya. Dokumen curi itu adalah segala macam rekod dan transaksi perniagaan Petro Saudi. Dokumen itu jika dijual atau diserahkan kepada syarikat pesaing Petro Saudi pastilah akan menyusahkan Petro Saudi. Ini motif sebenar Justo. Justo tiada niat mahu menjatuhkan kerajaan Malaysia mahupun menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri!
Bagaimana boleh terkait dengan politik Malaysia?
Dalam urusan mengugut bekas majikannya, Justo mahu makan lebih besar. Dia mencari siapakah yang berpotensi untuk membeli dokumen curinya. Sesiapa yang sanggup membeli pada harganya Justo akan menyerahkannya tanpa mahu peduli apakah tujuan si pembeli.
Entah bagaimana, dia boleh terjumpa atau mengenali seseorang bernama Clare Rewcastle-Brown. Inilah titik tolak terkaitnya dokumen curi Justo dengan politik Malaysia yang akhirnya disebut komplot menggulingkan kerajaan.
Clare adalah pemilik portal pembangkang iaitu Sarawak Report. Dokumen curi Justo boleh dimanipulasikan untuk tujuan menyerang intergriti pemimpin dan kerajaan Malaysia kerana dokumen Justo itu antara lain terkandung transaksi perniagaan antara Petro Saudi dengan 1MDB.
Rahsia perniagaan bertukar menjadi senjata menjatuhkan kerajaan.
Clare yang memang bermotif politik telah sedaya upaya mencari ahli politik pembangkang di Malaysia yang mampu membayar USD 2 juta seperti harga yang ditetapkan oleh Justo. Dalam kes ini Clare bolehlah diandaikan sebagai broker kepada Justo. Clare tidak berminat dengan keuntungan kewangan tetapi yang lebih menggembirakannya melihat kerajaan Islam Melayu di Malaysia di nyahkuasakan.
Usaha Clare mencari pembeli dokumen Justo. Kronologi dibawah adalah andaian IBHH semata-mata.
Maka rundingan pastilah dibuat dan IBHH beranggapan pastilah Clare terfikir tentang Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pasti berminat dan mempunyai kemampuan untuk membayar harga seperti yang diminta Justo. Maka, mungkinlah Nurul Izzah adalah orang tengah Anwar yang berunding dengan Clare yang bertindak sebagai broker Justo. (macam nak beli rumah lah, kita bukan jumpa owner tapi kita jumpa ejen). Di sinilah terbit nama Nurul Izzah seperti yang tertera dalam perbualan WhatsApp anatara Clare-Justo. Nurul Izzah di sebut sebagai 'daughter of Anwar Ibrahim'.
Rundingan antara Nurul Izzah dengan Justo diaturkan oleh Clare mahu dibuat di Bangkok sekitar September 2014. Walau bagaimanapun rundingan ini gagal kerana Justo tidak bersetuju dengan mode of payment yang ditawarkan oleh Nurul Izzah. Justo mungkin mahu cuci tangan dan tidak mahu terlibat lagi dengan sesiapa tentang dokumen tersebut. Atau Justo mungkin tidak mendapat apa-apa habuan jika Nurul Izzah memungkiri janjinya. Justo mungkin mahu COD cash on delivery. Nurul Izzah bayar, Justo serah dokumen, urusniaga selesai. Mode of payment Nurl Izzah adalah kontrak kerajaan bernilai USD 2juta itupun selepas pembangkang mengambil alih kuasa di Putrajaya.
Apabila urusniaga antara Justo-Nurul Izzah gagal, maka Clare sebagai broker mesti mencari orang lain.
Maka disinilah pula timbulnya watak Tony Pua yang bertanggungjawab memperkenalkan editor dan pemilik akhbar tabloid The Edge kepada Clare.
Ini telah IBHH cerita dalam artikel lain Kantoi Berbohong, Tony Pua Patut Dilucutkan dari PAC.
Itulah serba sedikit cerita kronologi IBHH tentang isu Justo-Clare-1MDB-Pembangkang dan Komplot. Kalau anda mempunyai apa-apa arguement, jangan malu jangan segan kita bincang di ruang komen. Arguement cerita ini saja. Jangan meleret ke hal lain.
0 comments:
Post a Comment