Ramai juga yg respon ayat TERBANGSAT Perdana Menteri sewaktu merasmikan mesyuarat UMNO Rantau Panjang, Kelantan baru-baru ini.
Ada yang terguris dan sensitif katanya. Ayat Perdana Menteri seolah-olah menghina dan menjatuhkan taraf orang Melayu. Mungkin ada benarnya! Tapi kita harus mengambil ia sebagai satu ingatan! Kalaupun ia sungguh mengecilkan dan mengguris hati orang Melayu, IBHH fikir ini respon yang cukup baik. Dengan patah perkataan TERBANGSAT itu orang Melayu marah, orang Melayu terguris, orang Melayu kecil hati dengan Najib Razak.
Di Pulau Pinang hari ini, dibawah rejim DAP orang telah pun diBANGSATkan. Nyata lagi bersuluh. Hari ini, semakin hari semakin hilang kampung-kampung tradisi orang Melayu. Tanah diambil alih sewenang-wenangnya atas nama 'urban development program', atas nama kemajuan. Maka satu persatu kampung tradisi Melayu lenyap di bumi Pulau Pinang. Ini akibat kemarahan kita kepada pemimpin Melayu kita yang akhirnya kita menyerahkan kuasa kepada orang lain.
Setakat dapat disenaraikan kampung tradisi yang lenyap dek air tangan Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang ;
- Kg Pematang Tok Subuh
- Kg Buah Pala
- Kg Pokok Assam
- Kg Dodol
- Kg Binjal
- Kg Batu Uban
- Kg Tanjung Tokong
- Kg Bagan Dalam
- Kg Permatang Tepi Laut
- Batu Maung
- Kg Pulau Jelutong
- Kg Lima Kongsi
- Kg Teluk Kumbar
- Kg Dalca
- Kg Sg Nibong Kechil
- Kg Tengah Jelutong
- Kg Terang Balik Pulau
- Kg Genting
- Kg Pondok Upeh
- Kg Padang Benggali
- Teluk Air Tawar
- Kg Gagah
- Kg Nelayan
- Kg Selut
- Kg Siam
- Kg Mutiara
Ini adalah taktik halus mengusir Melayu dan bukan Cina keluar dari pulau dan menjadikan pulau sebagai penempatan orang Cina. Kerajaan Pulau Pinang menerusi rejim Lim Guan Eng tanpa rasa bersalah telah melenyapkan penempatan orang Melayu.
Itu belum lagi bagaimana layanan kerajaan negeri terhadap peniaga Melayu di Pulau Pinang. Masihkah kita ingat Lim Guan Eng melarang bazar ramadan di beberapa kawasan di Pulau Pinang? Masihkah kita ingat bagaimana Lim Guan Eng mengusir peniaga Melayu dari KOMTAR pada Ogos 2010?
Hartanah baru seperti kondominium dan bangunan perniagaan dijual pada harga yang sangat tidak munasabah dan tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu.
Tidak cukup dengan itu, pemilik bangunan berbangsa Cina juga bersekongkol dengan DAP untuk meningkatkan kadar sewa premis perniagaan yang akhirnya menyebabkan banyak perniagaan Melayu dan orang lain terpaksa gulung tikar dek ketidakmampuan menanggung kos yang terlalu tinggi.
Maka benarlah kata Najib Razak, tanpa UMNO, Melayu akan jadi TERBANGSAT di tanah airnya sendiri.Buktinya adalah Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Apakah Melayu sedar akan hal ini? Ramai yang sedar. Apakah formula terbaik untuk mengatasi hal ini? Ini mesti menjadi agenda perjuangan anak muda dalam UMNO dan NGO berteraskan Melayu.
0 comments:
Post a Comment