Home » , » #PRKRompin: Calon Bebas Tuduh SPR Larang Hadir Penamaan Calon

#PRKRompin: Calon Bebas Tuduh SPR Larang Hadir Penamaan Calon

Calon Bebas PRK Rompin,  yang lebih popular di kenali sebagai Cucu Mat Kilau pagi tadi datang berseorangan ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

Cucu Mat Kilau dalam temuramahnya mendakwa beliau telah diarahkan oleh pegawai SPR agar TIDAK HADIR hari ini.

Walau bagaimanapun beliau gagal menyatakan nama pegawai SPR yang dimaksudkan.

Nampaknya beliau hanya datang untuk mendapat liputan media.

Jika benar seperti didakwanya, maka beliau sepatutnya membuat laporan polis kerana di halang dalam menyertai proses demokrasi di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment