RapidKL, syarikat prasarana pengangkutan awam bakal menampilkan perkhidmatan baru bagi sistem pengangkutan monorel di Kuala Lumpur.

Koc baru ini juga lebih luas dan selesa serta mesra penumpang terutama golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Koc baru ini menyediakan ruang yang selesa serta selamat untuk penumpang berkerusi roda dengan ciri keselamatan yang terbaik. Ciri- ciri keselesaan lain adalah setiap koc akan dilengkapi dengan skrin paparan LCD bagi membolehkan pihak monorel menyiarkan sebarang info terkini kepada penumpang.
Dari segi peningkatan kualiti koc dan penjimatan tenaga, koc baru ini adalah 2 tan lebih ringan setiap koc berbanding koc sekarang. Ini akan meningkatan kecekapan monorel dan menjimatkan tenaga. Selain itu, tingkap sisi yang boleh dibuka akan membantu pengaliran udara yang lebih baik sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau kerosakan pada sistem pengudaraan monorel.
Antara ciri keselamatan tambahan lain, koc baru ini akan dilengkapi dengan butang komunikasi interkom antara pemandu dan penumpang bagi membolehkan sebarang makluman dibuat kepada pemandu.

Ciri-ciri tambahan lain adalah sistem pengesanan asap jika berlaku sebarang kecemasan akibat kebakaran dalam koc. Kamera Litar Tertutup (CCTV) juga turut disediakan bagi membolehkan pemandu memerhati keselamtan dan keselesaan penumpang. Selain itu juga ia a
kan dapat mengurang jenayah seperti penyeluk saku semasa di dalam koc monorel.
Koc 4 gerabak ini telah sampai sejak Januari lalu dan sepatutnya dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga 2014. Walau bagaimanapun penangguhan operasi ini adalah disebabkan pihak RapidKL menjalankan kerja - kerja penyelenggaraan landasan monorel bagi memastikan segala langkah keselamatan diutamakan bagi mengelakkan berlaku sebarang gangguan pada operasi monorel. Koc baru 4 gerabak ini dijangka beroperasi pada awal tahun 2015.
0 comments:
Post a Comment