Sukan Komanwel dah lama melingkup, ingat dalam temasya di Sukan Asia boleh lah mengembalikan sinar sukan negara kerana persaingan dikalangan negara Asia sahaja. Gergasinya hanyalah China, yang lain termasuk tuan rumah Korea Selatan boleh lah dikatakan setara dengan kekuatan sukan negara.
Malang tidak berbau, di Sukan Asia, Incheon 2014 yang berakhir 4 Oktober lalu gagal mengubah imej sukan negara. Entah di mana silapnya, sejak kehadiran Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia & Sukan, segalanya seperti tidak menjadi.
Piala Thomas yang sepertinya sudah dalam dakapan negara tiba - tiba di rampas Jepun. Negara matahari terbit itu bukanlah jagoan dalam arena badminton dunia. Jika kalah dengan China itu sudah biasa dan tidak mengejutkan. Jika tewas di tangan garuda itu memang musuh tradisi kita. Kalau kalah kepada Korea Selatan sekalipun tidaklah mengejutkan kerana Korea antara kuasa badminton yang sedang bangkit. Ini kalah dengan Jepun yang langsung tiada nama.
Kemudian sukan bola sepak, masih ku ingat lagi, ada yang berjanji 2014 akan menyaksikan Malaysia bermain di Piala Dunia, malang lebih malang persaingan peringkat negara Asia Tenggara pun kita sudah nampak kegagalannya. Dan memang ramai yang sudah pun bercakap dulu lagi, jangan mimpilah 2014 Malaysia ke Piala Dunia. Mimpi jadi nyata, ramai yang tidak terkejut malah tersenyum sinis.
Selepas temasya terulung dunia itu berakhir, datang pula Sukan Komanwel. Sebelum kejohanan 2014 di Glasgow, skuad negara menggengam 12 emas di New Delhi. Sekali lagi malang, Sukan Komanwel Glasgow 2014, skuad Malaysia hanya mampu mensasarkan 7 pingat emas, mengikut sumber dalaman ia kerana Menteri sendiri yang mahukan sasaran 7 pingat emas sahaja. Mungkin demi menjaga maruahnya, tetapi strategi taktikal KJ memakan diri hanya 6 pingat emas di bawa pulang. KJ berdolak dalih. Tidak nampak keheroannya seperti mana lantangnya menyibuk dengan kementerian lain. Kegagalan skuad Komanwel 2014 telah memberanikan suara 'orang berpengaruh' dalam arena sukan untuk mencetuskan desakan agar Khairy Jamaluddin meletak jawatan!
Ternyata KJ belum mahu mengalah, skuad Komanwel dikatakan sebagai hasil tinggalan menteri lama. Sebelum atlet negara berangkat ke Incheon banyak juga kenyataan dari menterinya KJ, seolah - olah skuad Sukan Asia inilah hasil tangannya sebagai Menteri Belia & Sukan.
Malang lagi yang dibawa KJ, kegelabahan KJ jelas nyata apabila belum pun Sukan Asia melabuhkan tirainya, KJ sudah pun membuat kenyataan akhbar berkaitan kegagalan atlet Sukan Asia yang terpalit dengan isu anti doping atau penyalahgunaan dadah. Satu emas negara melayang akaibat anti doping.
Sudah-sudahlah KJ, takkan nak tunggu 'ice bucket chalengge' tersenarai dalam sukan dunia baru boleh menang emas atau KJ sedang berusaha melobi sukan zumba ke Sukan Olimpik. Kalau sukan zumba ke Olimpik dapatlah kita saksikan menteri jadi atlet dan meraih pingat emas pertama negara di Olimpik.
Tahniah KJ, khidmat anda tidak diperlukan lagi. Jadi artis lagi bagus!! (Hancur pulak industri hiburan lepas ni)
0 comments:
Post a Comment