Home » » Man U Mahu Pikat De Jong

Man U Mahu Pikat De Jong

Manchester United sedang berusaha mendapatkan pemain tengah Belanda yang juga pemain AC Milan sebelum musim perpindahan tamat.

Manchester United yang dilihat masih mencari rentak kejuaraan musim ini akan menggunakan pengaruh Van Gaal untuk membawa masuk De Jong ke kelab England itu.

Pastilah Manchester United amat memerlukan De Jong kerana formasi dan corak permainan yang di bawa Van Gaal agak berlainan dengan jurulatih sebelum ini. Van Gaal pastinya mahukan pemain yang mudah mengaplikasikan strateginya di padang kelak. Ternyata taktikal Van Gaal kurang menyengat di awal musim ini berikutan pemain sedia ada Man U dilihat kekok untuk menyesuaikan diri dengan formasi yang di bawa Van Gaal. Van Gaal gemar menggunakan formasi 3-5-2 yang dapat dilihat dalam skuad Belanda pada Piala Dunia 2014 yang lalu.

Untuk merealisasikan taktikal dan strateginya, pastilah pemain seperti de Jong menjadi pilihan Van Gaal kerana pemain ini bijak mengemudi bahagian tengah dan membuat setting cantik untuk pemain penyerang.

Man U dikatakan menawarkan untuk mendapatkan khidmat Nigel De Jong dari AC Milan pada harga 8 juta pound. 

0 comments:

Post a Comment