IBHH sudah lama memerhatikan fenomena mengutuk pasukan keselamatan terutama anggota polis yang semakin menjadi-jadi di kalangan rakyat sama ada orang muda, Melayu atau Cina sama sahaja. Ketua Polis negara bersilih ganti dan baru hari ini IBHH rasakan polis benar-benar sedar akan bahaya bencana jika fenomena ini tidak dibendung segera.
Sebagai rakyat, IBHH mahu menasihati agar kita memahami tugas polis dan anggota keselamatan yang lain serta memberi kerjasama sepenuhnya apabila diperlukan.
Kepada IBHH, hanya orang yang bersalah sahaja yang takut dan akan melakukan tindakan tidak bernoral terhadap anggota polis. Dalam perang psikologi, orang yang menghentam dan mengutuk polis sebenarnya adalah orang yang sedang melakukan kesalahan dan cuba menyembunyikannya dengan mengalih perhatian kepada perkara lain.
Cuba perhatikan, mereka yang selalu mengomel atau mengutuk polis itu kebanyakkannya adalah individu yang bersalah atau sedang terlibat dengan kesalahan jalan raya. Tak percaya? Cuba tanya mereka, adakah cukai jalan mereka ada? Adakah mereka mempunyai lesen memandu yang sah? Adakah kenderaan mereka 'standard'? Dan pelbagai lagi, mungkin juga mereka terlibat dengan jenayah seperti dadah, kongsi gelap dan jenayah lain.
Mereka boleh kata, polis makan rasuah. Tapi cuba tanya kalau benar ada polis yang makan rasuah, siapa pula perasuahnya? Pastilah individu tersebut yang merasuah polis tersebut. Ada banyak cerita rasuah yang di ceritakan juga akan melibatkan kawan kepada kawan kepada kawan si polan dan si polan. Soalnya, kenapa tidak dilaporkan sahaja?
IBHH juga sedar memang berlaku amalan rasuah dikalangan anggota polis, tetapi suka juga IBHH ingatkan baiklah kita minta disaman sahaja berbanding membayar nilai suapan yang diminta. Jangan takut untuk minta no badan anggota polis tersebut jika benar kita di peras ugut. Malah laporkan segera sebarang peras ugut atau perbuatan meminta rasuah oleh mana - mana anggota keselamatan atau anggota penguatkuasa.
Kepada Ketua Polis Negara, kami rakyat yang mahu terus aman amat mengharapkan tindakan tegas dari pihak tuan. Gunakanlah segala peruntukan undang-undang yang ada untuk memastikan orang yang mengecam dan menghina polis mendapat hukuman setimpal.
Pada masa sama polis juga wajar mengambil tindakan terhadap individu yang menghina institusi Di Raja, sistem kehakiman atau apa sahaja yang melibatkan kedaulatan negara dan keharmonian hidup bernegara.

0 comments:
Post a Comment