Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN N1 Pengkalan Kubor sudah mengesahkan 3 orang calon yang akan bertanding bagi merebut kekosongan kerusi tersebut berikutan kematian penyandangnya iaitu Dato’ Noor Zahidi Omar akibat kanser.
Yang pasti IBHH melihat “Yang menang akan dapat Pengkalan Kubor, Yang kalah akan terus terkubor”

Perpecahan dalaman antara PAS dan PKR terutamanya sangat jelas pada hari penamaan calon, apabila tiada pun kelihatan jentera PKR membantu menyemarakkan sokongan terhadap calon PAS tersebut. Pimpinan tertinggi PKR pun seolah – olah hadir sekadar menunjuk muka. Tiada Dato Seri Anwar Ibrahim, tiada Dato’ Seri Wan Azizah, tiada Azmin Ali, tiada Che’gu Bard, tiada Nurul Izzah, RAMAI PEMIMPIN PKR YANG TIADA semasa hari penamaan calon pada 13 September lalu. Yang ada hanya Tian Chua!
Nampaknya tugas Wan Rosdi Wan Ibrahim bukan sahaja perlu memikat pengundi Pengkalan Kubor tetapi perlu menjernihkan semula hubungan tahaluf siyasi agar tiada tindakan sabotaj antara satu sama lain.
Manakala dalam kem UMNO pula nampaknya seorang guru yang bertugas sebagai pegawai Pendidikan Daerah telah diketengahkan sebagai calon bagi menggantikan khidmat arwah YB sebelumnya. Sebagai seorang guru pastilah Mat Razi Mat Ali nampaknya mempunyai advantage kali ini. Imej bersih sebagai seorang guru ditambah dengan aktif terlibat dengan pembangunan ilmu Pendidikan Islam akan memberi kelebihan kepada beliau menjual namanya kepada pengundi Pengkalan Kubor.
Jentera UMNO dari seluruh negara juga nampaknya sudah berkampung di Pengkalan Kubor. Komitmen ini harus bertahan hingga hari pengundian untuk memastikan BN mempertahankan kerusi tersebut. Lumrahnya, kehadiran ramai petugas kali ini janganlah semata – mata mahu membeli – belah di Zon Bebas Cukai sahaja. Jangan pula yang Pemudanya berlumba – lumba menyeberangi sempadan dan berkempen di sana pula. Itulah kerisauan utama yang harus di tangani oleh kepimpinan UMNO di sini.
Seorang lagi calon adalah Izat Bukhary Ismail Bukhary yang mencuba kali kedua sebagai calon BEBAS. Beliau pernah mencuba pada PRU 13 yang lalu tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila bukan sahaja tewas tetapi hilang wang pertaruhan. Beliau turut menyatakan bahawa beliau sanggup hilang deposit sekali lagi hanya kerana beliau mahu membawa angin baru kepada pengundi disini. Ada juga bisik – bisik mengatakan beliau di taja pihak tertentu sebagai usaha memecah undi kali ini.
Apapun, keputusan adalah ditangan pengundi Pengkalan Kubor. Siapa pun yang dipilih harus diterima dengan hati terbuka dan menghormati prinsip demokrasi negara ini. SELAMAT MENGUNDI pada 25 September 2014 nanti.
0 comments:
Post a Comment