Malang bagi rakyat Selangor khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Malang kerana penjajahan Neo-Colonialism barat melalui sekutunya sudah mencapai kejayaan.
Kejayaan neo colonialism ini telah lama bermula dengan menjajah pemikiran dan pembudayaan masyarakat kita. Penjajahan pemikiran dan pembudayaan seperti memakai kemeja T dan bertali leher itu adalah kalangan orang bijak pandai dan perlu dihormati. Maka apabila kita berfikir begitu maka sesiapa yang memakai baju melayu, cheong sam dan sari akan di anggap ketinggalan zaman dan kolot.
Hari ini, masyarakat kita bertelingkah kerana ada yang mahu memboikot Mc Donald's ada pula yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Inilah kejayaan penjajahan minda dan pemakanan yang tidak di sedari dan baru-baru nak di sedari oleh kita semua. Makan McD, pizza dan spaghetti adalah golongan berada dan berstatus tinggi. Maka sesiapa yang makan ikan kembung dan nasi kerabu serta capati adalah golongan yang tiada standard dalam status pemikiran kita.
Maka, perkembangan terbaru di Selangor kini akan bermulanya fasa akhir penjajahan era baru ini iaitu penjajahan fizikal yang mutlak.
Ini buktinya!
IBHH mempunyai asas kerana bakal Menteri Besar Selangor yang akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu Wan Azizah Wan Ismail bukan sahaja bukan anak jati Selangor tetapi juga bukan anak jati Malaysia!
No kad pengenalan Wan Azizah adalah 521203-71-5190. Kod tengah no kad pengenalan akan menunjukkan negeri kelahiran seseorang. Maka kod 71 adalah bagi kelahiran di luar Malaysia.
Negeri dan tempat kelahiran Wan Azizah Wan Ismail yang sebenar tidak diketahui pula oleh IBHH, tetapi berdasarkan carian dan selakkan IBHH, Wan Azizah dikatakan lahir di Singapura malah ada juga sumber menyebut dia dilahirkan di Korea. Yang penting Malaysia bukanlah tanah tumpah darah Wan Azizah.
Rakyat yang telah terjajah minda akan mudah sahaja menerima seorang pemimpin yang tidak di ketahui asal-usulnya kerana inilah MALAYSIA! Musuh tidak perlu menyerang dengan bom nuklear dan peluru berpandu, berdehem sahaja kita sudah pun tewas.
0 comments:
Post a Comment