Thomas Vermaelen menjadi pemain rebutan antara dua pasukan gergasi Eropah iaitu Manchester United dan Barcelona. Kini Vermaelen boleh memilih sama ada mahu kekal di London atau beralih angin ke Sepanyol.
United membuat keputusan untuk mendapatkan kapten Gunners itu selepas tidak bersetuju dengan yuran perpindahan pemain Jerman, Mats Hummels.
Red Devils bagaimanapun dijangka berdepan situasi sukar untuk mendapatkan Vermaelen berikutan minat mendalam yang ditunjukkan Barcelona. Malah gergasi Sepanyol itu menawarkan 10 juta pound (RM54juta) untuk mendapatkan khidmat kapten pasukan Arsenal tersebut. Manchester United pula sanggup menawarkan sehingga 15 juta pound (RM81.16 juta) semata - mata untuk memikat bintang Belgium itu kekal dalam persaingan Liga Inggeris.
Louis Van Gaal amat memerlukan Vermaelen bagi mengukuhkan bahagian pertahanan selepas kehilangan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic.
0 comments:
Post a Comment