Home » , » UPDATE: Rumah Urut Diserbu Di Kuala Lumpur

UPDATE: Rumah Urut Diserbu Di Kuala Lumpur

Kementerian Wilayah Persekutuan menjalankan operasi besar-besaran bagi membanteras aktiviti haram di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Operasi Banteras Aktiviti Haram atau Ops BAH ini melibatkan 14 agensi kerajaan mensasarkan 127 pusat judi haram dan 77 pusat urut tanpa lesen. Selain itu operasi kali ini juga akan mengesan PATI, penyalahgunaan dadah dan maksiat.



Ops BAH ini juga melibatkan kekuatan anggota seramai 967 orang yang terdiri dari pelbagai agensi. Serbuan di beberapa rumah urut di Taman Desa, Seputeh mendapati kebanyakkan pekerja asing khususnya warga China dan Vietnam tidak mempunyai permit kerja yang sah. Gadis rumah urut ini hanya mempunyai pass lawatan sosial dan tinggal melebihi had. Mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Melalui Ops BAH 3 ini juga, beberapa kesalahan jenayah dikenalpasti antaranya adalah mencuri bekalan elektrik dan air. Oleh yang demikian, TNB dan Suruhanjaya Tenaga diarah untuk memotong terus bekalan elektrik ke premis perniagaan terlibat. Manakala SPAN dan SYABAS akan mengambil tindakan terhadap premis yang didapati mencuri bekalan air.

Bagi premis perniagaan judi haram pula, SKMM dan Telekom Malaysia akan memastikan sekatan dan menyenaraihitamkan perniagaan tersebut dari sebarang transaksi melibatkan internet.
  
Ops BAH yang masuk siri ke 3 ini telah berjaya melumpuhkan aktiviti haram di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan Kuala Lumpur bersih dari aktiviti haram.

0 comments:

Post a Comment