Home » , » TERKINI : Khalid Ibrahim Hanya Diberi 3 Hari

TERKINI : Khalid Ibrahim Hanya Diberi 3 Hari

Terkini, ibu pejabat PKR melalui Pengerusi Lembaga Disiplin Dato' Tan Kee Kwong telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menjelaskan kepada parti kerana mengingkari arahan parti untuk mengosongkan kerusi Menteri Besar Selangor dan memberi laluan kepada Dato' Seri Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar yang baru. Ini bertujuan untuk meneruskan agenda 'langkah Kajang'.

Surat tunjuk sebab bertarikh 5 Ogos 2014 itu perlu dijawab dalam masa 3 hari.



Yang IBHH tahu, tempoh menjawab surat tunjuk sebab kebiasaannya ialah 14 hari dari tarikh surat tersebut. Malang bagi Tan Sri Khalid, kerana PKR seolah - olah terlalu kesuntukan masa untuk menyingkirkan beliau.

Sedikit pun Majlis Pimpinan Pusat PKR tidak memberi ruang untuk Tan Sri Khalid untuk menyediakan surat tunjuk sebabnya.

Adakah nafsu serakah Wan Azizah selaku Presiden parti amat bergelora ketika ini untuk menduduki takhta kepimpinan negeri Selangor? atau apakah Anwar Ibrahim mengambil peluang ini untuk 'mengajar' Tan Sri Khalid yang cuba berbaik - baik dan berkerjasama dengan kerajaan Persekutuan? atau adakah kerana Azmin Ali telah lama 'merengek-rengek' untuk menguasai Selangor melalui pintu belakang?

Terlalu banyak andaian, terlalu banyak drama, terlalu banyak hipokrasi yang telah terngadah dalam kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mungkin juga rakyat telah terlalu muak dengan isu yang tidak berkesudahan di Selangor. Mungkin juga rakyat Selangor telah menyesal dan sedar diri bahawa mereka telah tertipu dengan pelbagai janji manis yang belum tertunai, malah kehidupan mereka semakin terhimpit dek krisis air dan krisis kepimpinan di Selangor. Kita tunggulah jawapan rakyat pada PRU 14 nanti.   

0 comments:

Post a Comment