SEMUA orang tahu, air adalah antara punca utama kenapa Khalid Ibrahim disingkirkan dari jadi Menteri Besar Selangor untuk diganti dengan bini kepada KETUM sebuah parti politik. Sudah diketahui umum bahawa tindakan Khalid bekerjasama dengan kerajaan persekutuan berhubung proses penstrukturan semula air Selangor tidak digemari KETUM ini tadi.
Yang Guan Eng pun buat benda sama, tak pulak KETUM ni bising?
Bagaimanapun ada sumber yang boleh dipercayai mengatakan, ini bukan setakat tandatangan perjanjian air dengan persekutuan sahaja, ada cerita lain.
Dikatakan bahawa punca sebenar Khalid Ibrahim dipecat dari partinya sendiri dan segala macam kepincangannya selama ini dicungkil keluar ialah kerana keengganan kerajaan Selangor pimpinannya membeli Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) pada harga RM 2.5 billion seperti mana arahan KETUM.
Khalid dikatakan berpuas hati bahawa syarikat itu hanya berharga sekitar RM 250 juta sahaja dan keengganannya itu telah memberangkan KETUM yang hidup mati dalam politik hari ini hanyalah untuk kepentingan diri, anak bini dan kroni-kroninya sahaja.
Maka itu, walaupun diakui KETUM sendiri bahawa Khalid adalah saudaranya, tapi tindakan drastik pecat serta merta tetap dikenakan. Kisahnya, bila berkaitan fuluss, KETUM tak peduli saudara atau tidak, business is business, bini is bini, nothing else matters.
Jika maklumat ini benar, maka tindakan KETUM ini adalah satu bentuk campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor – belum pun bininya menjadi Menteri Besar. Kalau bini dah jadi Menteri Besar agaknya, toilet paper beli dari mana pun, KETUM perlu endorse terlebih dahulu.
Sebab itu penting politik dipisahkan dari kroni moni atas sebab takut campur tangan macam ini berlakulah.
Memanglah sebagai KETUM, dia lebih tinggi dari Khalid yang tidak ada jawatan apa-apa dalam parti, tapi perlu ingat, jawatan KETUM tu pun ambik semangat saja, bukan berperlembagaan sama sekali.
Dulu alasan KETUM kenapa Tun Mahathir perlu letak jawatan selepas dia dipecat dari kabinet sebab kononnya Mahathir amal kronisme. Habis, yang lantik bini dia jadi MB ni bukan kronisme ke? Terang-terang kronismelah, cerita apa lagi.
Nak tahu betul ke tidak senang saja. Bila bini ambil alih jawatan Menteri Besar ini nanti, kita lihat apa yang mula-mula berlaku dulu. Adakah benar SPLASH akan dijual kepada kerajaan negeri Selangor, dan jika ya, berapakah nilai penjualan tersebut?
Itupun kalau Khalid sangkut dalam undi tak percaya yang bakal diadakan.
0 comments:
Post a Comment