Pengeluar telefon pintar dari Korea iaitu Samsung di jangka akan melancarkan model terbaru Samsung Galaxy Note 4 menjelang September ini.
Model terbaru ini akan diperkenalkan sebagai PHABLET iaitu kombinasi ciri telefon pintar dengan kebolehan setara tablet. Phablet Note 4 ini bakal didatangkan sebagai model kalis air dan kalis peluru dengan rating IP67.
Reka bentuk Galaxy Note 4 dikatakan akan berasakan teknologi yang dikenali sebagai “Liquid Silicon Moulding” yang membolehkan model ini menjadi kalis air dan ini adalah teknologi yang sama digunakan didalam reka bentuk Galaxy S5. Selain itu, spekulasi menyatakan model Note 4 ini berukuran 6 inci dengan skrin paparan Super AMOLED atau QHD. Kehebatan yang hangat diperkatakan juga adalah Samsung Galaxy note 4 ini bakal dilengkapi dengan kamera 20MP.
Samsung memilih bulan September sebagai tarikh pelancarannya agar model ini dapat menyaingi permintaan terhadap Iphone 6 yang di katakan bakal dilancar pada bulan yang sama. Samsung bakal mempersembahkan kehebatan Note 4 untuk mencuri tumpuan dunia.
0 comments:
Post a Comment