Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menghadap DYMM Tuanku Sultan, keputusan juga sudah diketahui, cacarmarba Pakatan Rakyat pun sudah jelas nyata terang lagi bersuluh. Hanya menunggu tarikh 3 September 2014 untuk memuktamadkan drama king Selangor ini. (macam tak selesai je lepas 3/9/2014?)
IBHH juga melihat perancangan dan rangka strategi 'Langkah Kajang' telah menemui kegagalan dan jalan buntu. Segala strategi hasil buah fikiran Rafizi nampaknya serba tak menjadi. 'Langkah Kajang' adalah langkah ke Putrajaya. Malangnya langkah masih belum berhenti tapi langkah sudah jauh tersasar dari laluan ke Putrajaya.
'Langkah Kajang' adalah strategi untuk membolehkan DSAI atau proksinya memimpin Selangor seterusnya menguatkan Pakatan untuk ke Putrajaya menjelang PRU14 nanti.
TAPI, rakyat sudah naik muak, rakyat sudah mula menolak, rakyat sudah mula jelak dengan segala macam drama king arahan Rafizi yang diterbitkan oleh syarikat produksi Anwar Ibrahim. Episod demi episod yang ditayangkan tidak sedikit pun memberi manfaat kepada rakyat, kepimpinan dan pengurusan pentadbiran negeri menjadi terganggu. Pelaburan asing mula goyang, air masih kontang, rakyat juga yang terkangkang!
ADA baiknya IBHH mencadangkan serahlah kepada keputusan Istana Kayangan, terimalah qada & qadar ketentuan Ilahi untuk seluruh negeri Selangor.
Kepada Rafizi Ramli, ada bagusnya beliau memikirkan drama baru yang lebih realiti iaitu memikirkan strategi untuk PKR menebus malu di Pengkalan Kubor. Rafizi harus menyediakan rangka strategi 'LANGKAH PENGKALAN KUBOR'. Apakah dengan Kajang & Selangor sahaja mereka boleh menawan Putrajaya? Apakah Pengkalan Kubor & Kelantan tidak layak menerajui jalan ke Putrajaya?
IBHH mencadangkan idea kepada Rafizi Ramli, agar meletakkan nama Anwar Ibrahim sebagai calon di Pengkalan Kubor. Seterusnya Anwar akan dilantik sebagai menteri besar Kelantan demi untuk memajukan Kelantan dan merangka strategi pengukuhan PR ke Putrajaya. Di Kelantan yang tidak punya apa-apa kepada Kelantan yang mempunyai rizab negeri yang melebihi RM 3 bilion. Ini pastinya akan membuktikan kemampuan dan kehebatan Anwar Ibrahim menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri.
Beranikah PKR menjejak 'Langkah Pengkalan Kubor'? Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti.

0 comments:
Post a Comment