PRK Teluk Intan telah menyaksikan bagaimana orang-orang Melayu
terutamanya dari UMNO membuktikan bahawa mereka tidak rasis dengan sanggup
mengundi Datuk Mah Siew Keong dari Gerakan, walaupun beliau seorang Cina.
Orang-orang Cina pula, terutamanya penyokong DAP telah tidak
sanggup memberi undi kepada Dyana Sofya hanya kerana beliau Melayu.
Biarpun Dyana telah berusaha sedaya upaya membuktikan kesetiaan dan
kecintaannya pada DAP dan kaum Cina sehingga mengecam segala apa yang berkaitan
bangsanya sendiri, tetapi beliau tetap ditolak mentah-mentah semata-mata kerana
beliau bukan Cina.
Hasilnya, PRK Teluk Intan menyaksikan undi Cina untuk DAP
menurun dari 85% kepada 70%.
Justeru, jika selama ini UMNO dan orang Melayu sering dituduh
rasis oleh DAP, tetapi dengan keputusan PRK Teluk Intan ini, DAP tidak lagi
mampu menafikan bahawa sikap perkauman kaum Cina rata-ratanya, adalah sangat
kronik serta mampu mengancam negara.
Dalam cubaan untuk membela diri dan menutup malu, DAP meletakkan
faktor kekalahan mereka kepada pengundi luar yang tidak turun mengundi.
Ini sekali gus menimbulkan persoalan tentang tahap kebergantungan kita kepada
pengundi luar bagi menentukan keputusan pilihanraya di Malaysia.
Memandangkan pengundi luar itu kebanyakannya adalah dari
Singapura, maka kita tertanya-tanya, apakah keputusan pilihanraya negara ini
sebenarnya bergantung kepada Singapura? Apakah hak mereka yang
memilih untuk tinggal di luar negara, untuk menentukan hala tuju masyarakat
setempat?
Selaini tu, apabila kita bercakap tentang pengundi luar dari
Singapura, maka secara automatik kita merujuk kepada bangsa Cina. Dan
dalam konteks PRK Teluk Intan, kita dapat melihat dengan jelas bahawa pengundi
bangsa Cina dari dalam atau luar kawasan, hampir kesemuanya masih tidak
berganjak menyokong DAP, cumanya, mereka memilih untuk tidak mengundi kerana
enggan memangkah seorang Melayu.
Akibatnya, walaupun DAP kalah, tetapi undi bangsa Cina kepada BN
hampir tidak meningkat langsung. Apakah ertinya semua ini?
Ertinya, bangsa Cina langsung tidak peduli dengan segala janji
manis dan khidmat cemerlang BN kepada mereka selama ini.
Datuk Mah telah sedia mempunyai rekod yang cemerlang di Teluk
Intan dan beliau berjanji akan menyelesaikan segala masalah rakyat yang
tertangguh selepas DAP memenangi kerusi itu dalam PRU yang lepas. Malah
dengan perlantikan beliau ke kabinet sepertimana yang dijanjikan Perdana
Menteri, Datuk Mah pastinya mampu melakukan lebih lagi kepada penduduk Teluk
Intan, khasnya bangsanya sendiri.
Malangnya, tiada satu pun dari niat murni Datuk Mah, Perdana
Menteri mahupun BN yang dihargai oleh bangsa Cina. Bangsa Cina nampaknya
benar-benar nekad untuk memisahkan diri dari aspirasi negara serta benar-benar
tekad untuk merombak landskap politik Malaysia.
Sikap ‘tidak hairan’ terhadap segala janji dan khidmat BN,
menunjukkan bahawa bangsa Cina tidak lagi memerlukan kerajaan kerana mereka
telah cukup kuat. Selama ini juga mereka sering mendabik dada sebagai
pihak yang bertanggungjawab memajukan Malaysia dengan menjadi pembayar cukai
tertinggi tanpa mengambil-kira bahawa kejayaan mereka itu adalah hasil dari
dayabeli majoriti, iaitu Melayu.
Berdasarkan hakikat ini, kerajaan wajar berhenti dari terus
melayan bangsa Cina seperti ‘rakyat yang memerlukan’ dengan menjanjikan itu dan
ini. Sesungguhnya bangsa Cina tidak perlukan apa-apa lagi dari BN, selain
takhta kerajaan.
Kini, kaum Cina tidak lagi mampu berselindung bahawa mereka benar-benar
rasis dan menentang kerajaan kerana ia diterajui Melayu. Oleh itu,
kerajaan tidak perlu lagi bersikap ‘apologetic’ atau pun ‘berlapik’ dalam
menangani sikap rasis mereka. Perkara yang sudah jelas terdedah tidak
perlu lagi ditangani secara halus.
Sudah sampai masanya, kerajaan mengakui dan mengambil langkah
serius mengenalpasti punca sikap rasis bangsa Cina serta pantas dan tegas
menanganinya secara terbuka!
0 comments:
Post a Comment