Sebaik sahaja selesai pengumuman perlantikan menteri baru dalam kabinet DS Najib, maka seperti pepatah melayu "rumah sudah siap pahat masih berbunyi".
Pengumuman yang sebenarnya lebih kepada pengisian jawatan kosong menampakkan kembali nya MCA sebagai parti komponen dan bukan pun rombakan besar - besaran seperti dijangka.
Jika diambil kira dari beberapa pihak yang pro orang cina, maka tentu sekali ada rasa ketidakpuasan hati. Ramai dari kalangan mereka beranggapan bahawa MCA lebih layak menerima lebih dari apa yang di umumkan oleh Perdana Menteri selaku orang nombor satu Barisan Nasional.
Apa tak nya , pada jangkaan mereka tuntutan lebih dari yang ditawarkan kepada jawatan menteri dan timbalan menteri.
Selain itu kritikan dari pembangkang terutama nya DAP yang memandang rendah kepada MCA kerana akhir nya sanggup menerima jawatan menteri kabinet.
Malah sambil mengkritik Lim Kit Siang mencabar MCA supaya mengekang tuntutan Hudud dari UMNO.
Bagi MCA yang hanya menang 7 kerusi Parlimen dari 40 yang ditandingi nya, sebenar nya boleh dikata kan memadai dengan sejumlah yang ditawarkan.
Tambah lagi, kesemua 7 kawasan yang dimenangi MCA , 5 dari nya adalah hasil tumpang undi orang melayu yang menyokong UMNO.
Bermakna MCA harus berterimakasih dengan jumlah tawaran jawatan menteri dan timbalan menteri. Pepatah Inggeris berkata "beggars cannot choose" amat sesuai bagi MCA.
Pada PRU13 lalu angaran sejumlah 5 % sahaja undi orang cina dapat kepada BN, walaupun ada yang kata 7%, apa pun ia tetap satu jumlah yang amat minimal dan sedikit.
Rata rata orang melayu juga ramai yang marah atas perlantikan menteri dan timbalan menteri dari MCA terutama nya perlantikan kepada yang kalah seperti Chew Mei Fun di Kajang tempoh hari.
Namun jika diambil kira kesepakatan komponen yang sekian lama telah terjalin tentu sekali perlantikan boleh dikira wajar, tambah lagi MCA seperti dicanang oleh mereka memerlukan satu platform seperti jawatan menteri dan timbalan menteri untuk beraksi lebih baik pada PRU 14.
Apa pun pada keseluruhan hal ini MCA patut sedar kedudukan diri dalam politik tanah air dan dari sini harus memainkan peranan yang lebih besar dengan memenangi hati orang cina pada PRU14.
Jangan asyik tumpu apa yang UMNO boleh beri dan berapa patut di beri, tetapi berapa jumlah undi orang cina yang MCA mampu bawa.
0 comments:
Post a Comment