Home » » P2-30A : Gambar PROTON Global Small Car GSC Dibocorkan

P2-30A : Gambar PROTON Global Small Car GSC Dibocorkan

Dua gambar model terbaru Proton bagi segmen B iaitu global small car yang akan memasuki pasaran dalam masa terdekat telah dibocorkan.

Ini adalah imej rupa sebenar model Proton tersebut. Sebelum ini imej yang tersebar adalah imej snaped shot model tersebut yang di kesan dipandu uji di sekitar Tanjung Malim dan beberapa kawasan di Semenanjung.
Pandangan Hadapan Proton P2-30A
Jika benar ini adalah imej sebenar maka model ini bakal menguasai serta mengatasi penguasaan pasaran kereta kompak di Malaysia.

Pandangan Belakang Proton P2-30A
Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada pengumuman rasmi mahu kenyataan dari pihak Proton berkenaan model GSC segmen B ini. Prestasi enjin juga belum dapat dipastikan tetapi pastilah ia adalah kombinasi enjin CVT dan CFE yang digunakan oleh model Proton sebelum ini.

Mungkin model inilah yang akan dilancarkan oleh Proton hujung tahun ini seperti yang di war - warkan oleh Tun Dr Mahathir semasa perlantikan beliau sebagai Pengerusi Proton baru - baru ini.



0 comments:

Post a Comment