Dato' Seri Najib Tun Razak telah menziarahi Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara, pada tanggal 1 Ramadan 1435H.
Lawatan ini bukanlah lawatan pertama kali Perdana Menteri ke atas lawan politiknya. Terdahulu Perdana Menteri pernah melawat Tuan guru Nik Aziz dan mengunjungi Dato Harun Din.
Lawatan santai ini dilihat tidaklah dilihat sebagai bentuk hubungan politik semata - mata. Malah ziarah ini boleh diungkapkan sebagai kasih - sayang antara umat apatah lagi dato Seri Najib adalah ketua negara manakala Tuan Guru adalah seorang pemimpin parti politik.
Ziarah Perdana Menteri ini boleh dimaknakan bahawa perbezaan ideologi politik tidak akan memutuskan silaturahim anatara kita. Islam menuntut kita menyayangi sahabat dan keluarga serta menghormati lawan seteru kita. Apa yang dilakukan oleh Dato Seri Najib wajar menjadi contoh teladan kepada kita rakyat bawahan ini.
Dalam hal kita berpolitik kita tidak boleh melampaui batas serta memutuskan silaturrahim antara umat. Kita harus menerima perbezaan pandangan politik dan menghormati antara satu sama lain. Janganlah kerana ketaksuban kita kepada parti pilihan kita maka kita menghancurkan hubungan manusiawi kita. ini sangat dilarang dalam Islam.
Lihatlah pemimpin kita, yang sakit diziarahi, yang datang menziarahi disambut baik oleh yang diziarahi. Amalan murni ini sepatutnya menjadi pegangan kita rakyat bawahan.
Malangnya hari ini, dalam masyarakat kita sudah wujud kluster akibat perbezaan ideologi politik. Ini amat mendukacitakan dan amat berbahaya kepada masa depan ukhwah Islamiyah.
Kembalilah kepada ajaran Islam, di dalam keberkatan Ramadan ini mari kita memulakan hubungan silaturrahim yang lebih mulia.
0 comments:
Post a Comment