Home » » Isu Penjagaan Anak ; Biar Mahkamah Putuskan : Datuk Seri Najib Tun Razak

Isu Penjagaan Anak ; Biar Mahkamah Putuskan : Datuk Seri Najib Tun Razak

Apabila semuanya telah menjadi buntu maka kita serahkan segalanya kepada Mahkamah Persekutuan. Ini merupakan pendapat wajar yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak berkenaan kes perebutan anak diantara pasangan, sekiranya salah satu daripada mereka telah menganut agama Islam.

Terdapat banyak kes pertikaiaan berlaku apabila salah seorang pasangan di dalam perkahwinan menganut agama Islam. Hal ini telah berlaku berpuluh tahun lamanya dan menyebabkan perpecahan di dalam masyarakat Malaysia. Baru-baru ini terdapat sebuah kes dimana seorang wanita India telah menjadi tumpuan negara apabila Jabatan Agama Islam Negeri Selangor menyiasat tentang status agama beliau semasa upacara perkahwinan dijalankan.

Kes tersebut bemula daripada bapanya yang telah memeluk agama Islam dan mendaftarkan anak-anak sebagai beragama Islam tanpa pengetahuan ibu mereka yang buta huruf. Kes-kes sebegini akan menjadi barah kepada rakyat Malaysia apabila proses pertukaran agama diambil mudah tanpa memikirkan implikasinya kepada institusi kekeluargaan di Malaysia.

Antara kepercayaan, undang-undang dan keluarga, rakyat Malaysia tersepit dalam satu jaringan yang mengelirukan. Akhirnya yang rugi adalah kita semua apabila ada pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan lantas menambahkan sentimen kebencian kepada rakyat di negara ini.

Pada bulan lepas, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan N.Viran atau nama Islamnya Izwan Abdullah selepas menagguhkan keputusan Mahkamah Tinggi, Seremban yang telah memberikan hak penjagaan kedua-dua anak beliau kepada ibu mereka yang beraga Hindu.

Di Ipoh pula guru tadika M. Indira Ghandhi telah mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi pada awla tahun ini kerana suaminya yang baru sahaja memeluk agama Islam telah gagal menyerahkan anak-anak mereka. Kerana pada tahun 2009 Mahkamah Tinggi Syariah telah memberikan hak penjagaan bagi ketiga-tiga anak mereka kepada Muhammad Ridzuan Abdullah kerana beliau beragama Islam dan khuathir anak-anak mereka sekiranya diletakkan di bawah penjagaan ibu mereka akan terus beragama Hindu.

Datuk Seri Najib telah memberikan pendapat yang bernas kerana daripada terus bermain dengan sentiment dan khabar-khabar yang tidak tepat adalah lebih baik kesemua pihak mendapat kepastian dengan membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutuan. Adalah lebih baik kita serahkan kepada Mahkamah Persekutuan daripada terus termanggu-manggu memikirkan perkara ini untuk kebaikkan bersama kita semua rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment