Honda Malaysia memanggil balik 4 model kenderaannya yang telah dijual di pasaran Malaysia kerana disyaki berlaku kegagalan fungsi beg udaranya dan boleh menyebabkan kebakaran.
Model tersebut ialah Honda City dan Accord keluaran 2003, Honda Stream keluaran tahun 2001 hingga 2003 serta Honda Jazz model tahun 2002 - 2003.
Jumlah kenderaan yang terlibat tidak didedahkan dan pembuat kereta dari Jepun tersebut menyatakan hanya beg udara sebelah penumpang sahaja yang mengalami kegagalan fungsi.
Menurut Ketua Pemasaran Honda Malaysia, Akkbar Danial menyatakan setakat ini tiada sebarang kemalangan dilaporkan akibat daripada kegagalan tersebut. Beliau juga berjanji pengguna yang terlibat akan dihubungi segera untuk tujuan penggantian baharu.
Panggilan semula ini dibuat selepas Honda global juga berbuat demikian dan melibatkan lebih 2 juta unit Honda di seluruh dunia. Model - model ini dilengkapi dengan beg udara yang dibekalkan oleh Takata Corp yang boleh menyebabkan risiko kebakaran dalam kenderaan tersebut.
Malah jenama Mazda dan Nissan juga terpaksa memanggil semula model kenderaan mereka yang melibat 160,000 dan 755,000 model masing - masing di seluruh dunia.
Pemilik Honda yang terjejas boleh menghubungi terus talian Khidmat Pelanggan Honda Malaysia di talian tol percuma 1-800-88-2020 untuk sebarang pertanyaan.
IBHH melihat isu ini dari sisi pandangan pemikiran rakyat Malaysia. Isu ini seolah-olah tidak menjejaskan nama baik Honda. Masyarakat Malaysia tidak akan terus melabelkan Honda sebagai model yang tidak boleh dipercayai. Masyarakat Malaysia sedikit pun tidak menggembar - gemburkan isu ini di laman sosial.
AGAK - AGAK KALAU PROTON YANG MEMBUAT PANGGILAN BALIK MODEL KELUARAN MEREKA, APAKAH REAKSI MASYARAKAT MALAYSIA?
IBHH hanya mampu tersenyum mengenangkan tabiat rakyat Malaysia hari ini.
0 comments:
Post a Comment