Home » » Haji Hadi Kalah Kes Pil Kuda

Haji Hadi Kalah Kes Pil Kuda


Pada PRU 13 yang lalu Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS telah menuduh calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin sebagai pengedar pil kuda dan tidak sesuai dicalonkan. 

Semalam, 23 Feb 2014 di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Presiden PAS tersebut telah di arah untuk membayar saman RM 2,000,000 kepada pihak plaintif kerana telah memfitnah beliau.


Lebih menghairankan, Presiden PAS itu tidak hadir ke mahkamah bagi membela dan mempertahankan dirinya. Ini membuktikan Presiden PAS adalah seorang yang suka memfitnah demi kepentingan politiknya.


Tambah menjelekkan, Hj Hadi telah 'melarikan' diri ke Sarawak untuk mengumumkan calon PAS bagi Pilihanraya Negeri Sarawak di Beting Maro. Dan pastilah di Beting Maro, Hj Hadi akan memfitnah dan menipu rakyat Sarawak demi memastikan calon PAS menang di DUN Beting Maro.

Tindakan Hj Hadi 'lari' ke Sarawak lebih menjijikan kerana Pilihanraya Negeri Sarawak hanya akan berlangsung dalam tempoh 2 tahun lagi.

Rakyat Sarawak tidak akan lupa fitnah dan penghinaan Hj Hadi terhadap rakyat Sarawak pada pilihanraya kecil Batang Ai pada 2008.


Kesimpulannya, kepimpinan dan juga ahli Pakatan Rakyat sememangnya akan dengan mudah melupakan apa sahaja kata - kata mereka yang telah menyinggung hati pengundi di mana - mana sahaja.Apa juga masalah yang timbul mereka akan menyalahkan dan menuding ke arah kerajaan BN.
  

0 comments:

Post a Comment