Home » » Apabila Tok Lebai Pun Keliru!!

Apabila Tok Lebai Pun Keliru!!

Solat atau bersembahyang adalah amalan spiritual menundukkan hamba Nya kepada Pencipta. Terdapat beberapa syarat sah sembahyang. Antaranya adalah menghadap KIBLAT. Dalam erti kata lain kiblat bagi org Muslim adalah KAABAH.

Di Malaysia bacaan pada kompas kiblat adalah 85 darjah. Khilaf yang boleh diterima adalah lebih kurang 2 darjah sahaja. Jika anda tersasar lebih dari 2 darjah maka anda sebenarnya tidak menghadap KIBLAT, dan apabila tidak menghadap KIBLAT maka pastilah berlaku ketidaksempurnaan dalam solat anda. Maka solat yang tidak sempurna itu samalah seperti perbuatan yang sia - sia lagi merugikan.

Seperti yang IBHH sebutkan sebelum ini, solat bukan untuk menunjuk - nunjuk, kerana ia akan mengundang sifat riak dan takbur. Solat yang kelihatan zuhudnya di mata manusia sebenarnya tidaklah mendatangkan apa - apa keistimewaan di sisi Allah swt. Wa'allahualam.

Adakah ini yang dikatakan zuhud atau ini hanya sekadar lakonan?? Anda Nilai.
Jika anda pernah ke Kompleks Beli - Belah SOGO, pastilah anda dapat membayangkan kawasan pintu masuk pusat beli - belah tersebut. 

Jika anda amati foto di atas, anda akan dapati Tuan IMAM tersebut tidak mempunyai sejadah atau sebarang alas. Jadi adakah solatnya sah?? Apakah juga tidak ada sebarang najis di atas lantai yang menjadi tempat sekalian makhluk untuk lalu - lalang disitu??

IBHH kongsikan juga sekeping lagi foto di mana Pak Lebai juga bersolat di hadapan pintu masuk Kompleks Beli - Belah SOGO dalam program yang berlainan.
Foto pertama diatas diambil dari sebelah kanan Jemaah Zuhud yang bersolat manakala foto kedua ini adalah dari sebelah kiri jemaah.

Jika anda perhalusi dan membandingkan kedua - dua foto ini, anda akan dapati kedua - dua Jemaah Zuhud ini bersolat TETAPI BERBEZA KIBLAT. Siapakah yang benar KIBLATnya?

Apapun antara keduanya pastilah ada yang salah arah KIBLATnya. ITU PASTI!

IBHH hanya mahu mengheret pembaca melihat bahawa SOLAT itu sangat penting, dimana pun kita berada kita pasti boleh berSOLAT. Tetapi kadang kala perbuatan mengerjakan SOLAT itu mendatangkan sifat riak pada pelakunya. Pelakunya hanya mahu dilihat BERSOLAT oleh manusia lain tanpa menitik beratkan kesempurnaan SOLAT pada Yang Maha Esa.

Soalnya di Malaysia hari ini, terdapat terlalu banyak Masjid dan surau tetapi mengapa kita memilih untuk bersolat di tempat awam?? anda jawab pada hati anda. 

Masjid dan Surau itukan lebih terjamin kebersihannya berbanding lantai tempat awam memijak - mijak dengan pasir debu dan pastilah ada najis di situ.
Wa'allahualam.



0 comments:

Post a Comment