Lama juga tidak menulis di IniBlogHuruHara, akibat terkejut dengan fenomena KANGKUNG dan juga JEPUN sejak kebelakangan ini. IniBlogHuruHara belum mahu menulis tentang isu ini kerana ada perkara yang lebih berfaedah untuk dikongsikan dengan sekalian audien.
Kali ini, IBHH nak kongsi tentang Hikmah sedekah Al Fatihah. Tapi ada baiknya kita mulakan dengan membaca Ummul kitab ini. Al Fatihah.
Dalam kita mendepani arus kemodenan hari ini, pastilah cabaran yang paling besar adalah mendidik anak - anak kita kerana pastilah kita tidak mahu anak - anak kita terbuai dan tersesat dek nama kemodenan dan kemajuan. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Kalau dah jadi buluh, baru hendak dilentur bimbang akan patah - riuk jadinya. Masa tidak boleh dikembalikan, maka sekarang adalah masa yang terbaik untuk melentur anak - anak kita. Pepatah barat ada mengatakan "The best time is NOW".
IBHH berkongsi tips ini daripada seorang sahabat yang pada penilaian IBHH telah berjaya melentur anak - anaknya yang bukan sahaja berjaya dalam pendidikan dan kerjaya tetapi punya keperibadian yang sangat terhormat.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukan secara istiqamah. Maka beliau juga menyarankan supaya para ibu bapa melakukannya.
Amalan tersebut adalah, setiap kali selesai solat, beliau akan menyedekahkan Al Fatihah buat ibu bapanya, buat isteri tersayang serta buat anak - anaknya yang masih kecil itu. Katanya juga, setiap kali menyedekahkan Al Fatihah itu sebutlah nama - nama mereka satu per satu. Niatkan apa sahaja kebaikan untuk mereka.
Amalan tersebut adalah, setiap kali selesai solat, beliau akan menyedekahkan Al Fatihah buat ibu bapanya, buat isteri tersayang serta buat anak - anaknya yang masih kecil itu. Katanya juga, setiap kali menyedekahkan Al Fatihah itu sebutlah nama - nama mereka satu per satu. Niatkan apa sahaja kebaikan untuk mereka.
IBHH cuba mengorek lagi mungkin ada tips lain yang tidak mahu dikongsikan. TIADA, itu sahaja yang diamalkan tanpa henti.
Cuma sedekahkan Al Fatihah!! Mudah sahaja kan?? Berapa minit sangatlah masa yang diperlukan? Tetapi perkara mudah inilah yang kita gagal lakukan dengan istiqamah.
Mulai hari ini marilah kita melakukan perkara mudah ini. In sha Allah ikhtiar dan ikhlas niat kita akan mendapat rahmat Allah swt. Subhanallah..jalan sudah ada, jalannya juga mudah. Anak adalah rezeki yang diberikan pada kita, anak ibarat kain putih..corakan lah anak - anak kita dengan keindahan dan kebaikan.
Biasakan yang tidak biasa, mula - mula memang rasa berat tetapi kalau sudah jadi tabiat kita akan ketagihan pula. Maka biasakan yang tidak biasa untuk perkara yang mendatangkan manfaat. Assalammualaikum.
0 comments:
Post a Comment