Home » » WAJIB PERTAHAN KALIMAH ALLAH

WAJIB PERTAHAN KALIMAH ALLAH

Penggunaan kalimah ALLAH SWT adalah muktamad untuk umat Islam sahaja, Kalimah ALLAH adalah merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Allah swt tidak beranak dan juga tidak diperanakkan serta Allah swt tidak dimanikan, Allah swt di iktikadkan dan disembah oleh umat Islam semata - mata. Jelas pengertiannya kepada umat Islam, mana mungkin TUHAN YANG MAHA ESA ada yang lain. TIADA!! 

Fahamilah sensitiviti umat Islam di Malaysia, kalimah ALLAH SWT tidak boleh dibenarkan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepda penganut Kristian. 

Hakikatnya, hari ini tuntutan gereja Kristian terhadap cetakan kalimah ALLAH pada Al kitab berbahasa Melayu adalah untuk tujuan pemahaman penganutnya terhadap pengertian Tuhan, tetapi ia sebenarnya akan boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada masa akan datang.

Allah sangat berbeza pengertiannya berbanding GOD atau LORD. Maka sepatutnya tidak timbul apa jua tuntutan penggunaan kalimah Allah didalam bible.

Dalil Al Quran Tentang KeEsaan Allah swt.

Firman Allah Azza wajalla yang bermaksud : "Sesungguhnya AKUlah ALLAH, tiada tuhan melainkan AKU, oleh itu sembahlah akan Daku dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku" [Surah Taa Haa : 14]

"Katakanlah (wahai Muhammad); Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa, yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; ia tidak beranak dan ia juga tidak diperanakkan; dan tiada sesiapa pun yang setara dengan Nya." [Surah Al Ikhlas: 1-4]

Dalil Hadith; 
Hadith riwayat Bukhari & Muslim : 
Daripada Abu Sufian yakni Sahriibni Harbin r.a dalam ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirqal (Raja Rom), tanya Hirqal, "Apakah yang diperintahkan kepada kamu (Nabi SAW)?" Jawab Abu Sufian: Dia (Nabi SAW) berkata "Sembahlah Allah yang Esa dan jangan menyekutukanNYA dengan sesuatu apa pun. tinggalkan semua ajaran nenek moyang kamu dan dia (Nabi SAW) menyuruh kamu bersembahyang, bercakap benar, memelihara diri daripada kemungkaran dan menghubungkan silaturrahim."

Ulama' di Malaysia juga telah memberikan pendapat serta pandangan mereka terhadap kes ini dan mereka juga tidak sesekali membenarkan penggunaan kalimah Allah didalam apa - apa bentuk yang menyekutukanNYA.

Akta & Enakmen Yang Melarang Penggunaan Kalimah ALLAH :
Dalam Jadual kepada enakmen Kawalan & Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah & Sarawak, Pulau Pinang & Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal enakmen ini. Artikel 3.1 Per 3: Agama bagi Persekutuan, Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama - agama lain boleh diamalkan dengan aman 7 damai dimana - mana bahagian Persekutuan. 

Kesimpulannya, kalimah Allah adalah jelas merujuk kepada umat Islam sahaja, malah umat Islam berzikir dengan kalimah suci ini. Meredhakan atau membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk tujuan dan maksud yang bukan untuk mengESAkanNYA adalah perbuatan syirik & kufur. Oleh itu, menjadi tanggungjawab umat Islam seluruhnya untuk mencegah kesyirikan & kekufuran.


0 comments:

Post a Comment