COMANGO ~ Coalition of Malaysia NGO adalah gabungan NGO liberal & anti Islam.
Baru - baru ini COMANGO telah menghantar laporan kepada Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) untuk melobi negara - negara dunia supaya menekan Malaysia agar menerima tuntutan - tuntutan COMANGO.
Terdapat 8 tuntutan yang harus dipersoalkan dan menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk 'melawan' semula agar kerharmonian beragama di Malaysia tidak terjejas oleh anasir - anasir jahat yang senantiasa mengintai peluang untuk menjajah semula bumi Malaysia.
Antara tuntutan COMANGO adalah;
Perenggan 1
Kebebasan untuk Murtad
Perenggan 6.1.1 & 6.1.2
Menghalalkan LGBT (Lesbian,Gay,Biseksual,Transeksual)
Perenggan 6.2
Menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu & Bumiputera
Perenggan 6.8
Menuntut untuk membuat tafsiran perkauman menurut sekular-liberal Barat
Perenggan 9
Menuntut untuk menghapuskan kesalahan jenayah Syariah seperti khalwat & zina
Perenggan 10.1.1
Menuntut supaya penterjemahan 'GOD' kepada 'ALLAH' oleh Kristian Katolik di Malaysia
Perenggan 10.1.6
Menuntut kebebasan beragama bagi ajaran sesat Syiah di Malaysia
Perenggan 10.1.11
Menuntut agar mana - mana ibu bapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak
COMANGO telah sanggup ke Persidangan Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR), Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang dilangsungkan pada Oktober 2013 di Geneva untuk meminta sokongan bagi menekan kerajaan Malaysia bagi perkara yang mereka tuntut tersebut. Apakah mereka tidak sedar tindakan ini akan menggugat keamanan Malaysia??? Atau mereka adalah ejen - ejen tangan asing untuk mencampuri urusan negara kita???
Gerkan ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Mereka akan terus menggunakan apa sahaja jalan untuk mencapai matlamat mereka.
Jika anda mahu terus menyumbang demi mempertahankan keamanan Malaysia sila klik sini.
0 comments:
Post a Comment