Tidak cukup dengan provokasi dengan cara mencabar ajaran Islam. Tidak cukup dengan mengejek dan
menghina nama Rasulullah SAW, nama Allah SWT dan juga umat Islam dan
Melayu. Hari ini, masyarakat
bukan Islam di negara ini turut mencabar peraturan dan undang-undang
negara. Mereka menganggap
klausa ‘kebebasan beragama’ di dalam perlembagaan Malaysia sebagai tiket untuk
mereka melakukan apa saja atas nama agama.
Umat Islam di negara ini pada dasarnya bersikap terlalu toleran. Selagi apa yang dilakukan oleh bukan
Islam itu tidak mengganggu rutin hidupnya, selagi itu kita mengambil sikap
menutup sebelah mata. Malangnya,
sikap toleran kita tidak pernah dihargai malah diambil kesempatan untuk memijak
kepala, menghina, mengejek dan mencabar kita.
Kita tidak faham kenapa mereka perlu menyakitkan hati kita. Mungkin sikap mereka ini berpunca dari
ajaran agama mereka yang tidak mengajar mereka menghargai sikap toleransi orang
lain.
Hari ini, satu lagi hasutan halus dibuat oleh seorang Professor bagi
mencetuskan prasangka buruk terhadap kerajaan Islam dan juga umat Islam. Professor Dr. Ramasamy, Timbalan Ketua
Menteri II, Pulau Pinang telah menuduh perobohon kuil Sri Muniswerar Kaliamman
di Jalan P.Ramlee sebagai berpunca dari kebangkitan ekstremis Islam.
Beliau menuduh bahawa DBKL telah bertindak menyebelahi pemaju dengan
meroboh kuil tersebut tanpa belas kasihan terhadap masyarakat India di negara
ini.
Sikap beliau yang tidak menyentuh pemaju dan sebaliknya meletakkan semua
kesalahan kepada DBKL adalah tindakan lazim bagi mana-mana pemimpin DAP. Seperti yang kita tahu, DAP pasti
tidak ingin menyinggung hati pemaju yang rata-ratanya adalah ‘orang
mereka’.
Kata Dr. Ramasamy, masyarakat Hindu yang paling teruk menerima akibat di
bawah kerajaan BN, manakala di Pulau Pinang semua kuil Hindu adalah selamat di
bawah Pakatan Rakyat.
Kenyataan Ramasamy jelas berat sebelah dan tidak berasaskan fakta yang
sahih. Bukan beliau tidak
tahu sebaik mengambilalih kuasa di beberapa negeri, kerajaan Pakatan Rakyat
telah merobohkan Kuil Om Sree Kaliamman di Batu Pekaka Kedah, Kuil Om Sree
Kaliamman dan satu lagi kuil tidak bernama di Kapar, Kuil Sri Muneswarer di
Kuala Lumpur hanya dalam masa satu minggu. Sejak 2008, kerajaan PR Selangor telah
merobohkan 7 buah kuil termasuk yang berada di dalam perkarangan rumah S.Gobi
Kumar di Sepang.
Oleh kerana penulis seorang yang adil dan bukan berat sebelah seperti
Ramasamy, penulis tidak menafikan yang kerajaan BN telah merobohkan kuil Sri
Muneswerar yang menjadi kontroversi di sini. Malah, penulis percaya, mana-mana
kerajaan juga akan menghadapi situasi ‘terpaksa meroboh’ dalam menangani isu
kuil.
Ini tidak dapat dielakkan apabila kuil-kuil tersebut dibina secara haram atau
tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Secara dasarnya, masyarakat
Malaysia sudah cukup bertolak ansur dan enggan membuat bising mengenai
kewujudan kuil-kuil haram hampir di serata ceruk hutan, kampung dan
bandar.
Justeru, sepatutnya menjadi tanggungjawab masyarakat India untuk turut
bertolak ansur dengan memahami bahawa negara ini ada undang-undang dan
sesetengah kawasan yang dibina kuil tersebut mempunyai pemilik ataupun berada
di dalam perancangan pembangunan.
Professor Dr. Ramasamy sebagai seorang terpelajar dan juga pemimpin politik
seharusnya menjadi watak utama untuk mengajak masyarakat India agar memahami
perkara ini iaitu kebebasan beragama tidak bermakna boleh melakukan apa saja
atas nama agama.
Jika benar wujud kumpulan ekstremis Islam negara ini seperti kata Dr.
Ramasamy, maka mana mungkin kita boleh menemui kuil-kuil haram di seluruh
pelusuk negara? Mana
mungkin kerajaan mengisytihar Deepavali sebagai hari cuti umum? Jika benar kita ekstremis, apakah kita
akan membenarkan wujudnya sekolah Tamil? Atau perarakan Thaipusam?
Apakah ada negara lain yang mana penganut Hindu sebagai kumpulan minoriti
dapat menikmati semua ini?
Malah, bagi umat Islam sekalipun, untuk mendirikan surau atau masjid juga
ada syaratnya. Kita tidak
boleh mendirikan surau atau masjid sesuka hati di mana-mana saja hanya kerana
negara ini negara Islam.
Hakikatnya, tiada kebangkitan ekstremis Islam di sini, yang ada hanyalah
ektremis agama lain yang ingin berbuat sesuka hati dengan menggunakan alasan
agama mereka. Itulah
ekstremis sebenar-benarnya, iaitu mereka yang enggan akur kepada undang-undang
serta berpotensi untuk menjadi pengganas.
Sudah sampai masanya para ahli politik mengajak rakyat berpolitik secara
matang. Politik adalah
untuk memastikan urusan negara dan rakyat dapat berjalan dengan lancar. Politik bukan membawa maksud bergaduh
untuk mencari pemenang. Tiada siapa yang menang dalam pertarungan politik
yang tidak matang.
Oleh itu, sebelum Professor Ramasamy bertindak menghasut orang India agar
membenci BN, adalah lebih baik beliau membela kaum India di dalam DAP yang
dinafikan hak mengundi dalam CEC yang lalu. Atau berjuang agar kaum India diberi
ruang yang lebih luas di peringkat tertinggi parti.
Lebih dari itu, adalah lebih baik beliau berjuang membela nasib kaum India
yang menjadi rakyat Pulau Pinang yang kini turut terhimpit dengan kerakusan
pemerintahan kapitalis DAP.
0 comments:
Post a Comment