Home » » BAR Council juga Tidak BERSIH : Ambiga Sila Jawab!!

BAR Council juga Tidak BERSIH : Ambiga Sila Jawab!!

"Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. BERSIH, BERSIH 2.0 & BERSIH 3.0 menuntut antara lainnya adalah pilihanraya yang adil & telus tapi apakah yang berlaku dalam pemilihan Bar Council baru - baru ini cukup mengejutkan kita. Rata - rata kita pastilah sangat yakin bahawa BAR Council merupakan badan yang adil & telus sesuai dengan tuntutan mereka melalui Perhimpunan BERSIH.

Baru - baru ini, salah seorang peguam yang juga calon dalam pemilihan Jawatankuasa BAR Council telah mendedahkan betapa kotor & jijiknya pemilihan didalam BAR Council.

Tetuan Khairul Azam atau Buzze Azam telah mendedahkan kepincangan dan kekotoran pemilihan Jawatankuasa BAR Council di Hotel Quality pada 20 November 2013.

Azam melalui kenyataan penuhnya mengatakan antara perlanggaran hak dan prinsip yang dilakukan badan itu ialah tiada rekod atau daftar bahawa kertas undi pos telah dihantar kepada semua 15,331 orang ahli Bar Malaysia. Malah beliau turut merasakan wujud pengundi hantu yang mengundi kerana tiada penggunaan dakwat kekal yang mengesahkan siapa yang telah memangkah kertas undi tersebut  

“Mungkin kertas undi di pangkah oleh peguam dan mungkin juga kerani pejabat peguam yang yang memangkah kertas tersebut.

“Adalah melucukan, apabila Pemilihan Bar Council masih menggunakan kaedah undi pos sedangkan kaedah tersebut amat dikritik lantang oleh Bersih yang diketuai oleh bekas Presiden Malaysian Bar yang pada ketika itu turut menang hasil dari sistem undi pos semasa pemilihan Bar Council” katanya.


Menurut Azam lagi sekiranya dirujuk kepada statistik di laman web www.malaysianbar.org terdapat seramai 15,331 orang peguam berdaftar dan ia termasuklah nama ahli-ahli yang telah meninggal dunia dan mereka yang tidak lagi meneruskan karier sebagai peguam. Malah statistik juga menunjukkan angka kertas undi yang di pos kepada ahli kerap tidak konsisten dengan jumlah ahli.


Beliau juga turut menegaskan kertas undi yang dihantar kepada ahli secara pos boleh ditandakan oleh sesiapa sahaja termasuklah kerani, pembancuh kopi malah budak pejabat kerana tiada satu pun sistem yang digunakan dapat mengesahkan hanya peguam yang berdaftar sahaja boleh mengundi. Atau dalam bahasa mudah, ia secara tidak langsung telah membuka ruang dan peluang kepada kewujudan pengundi hantu.

Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan itu sebelum ini begitu lantang mendesak, mengkritik malah pernah mencabar SPR untuk mengendalikan pilihan raya umum yang disifatkan sebagai berat sebelah, tidak adil dan sebagainya.

Antara tuntutan mereka ialah membersihkan senarai pemilih termasuk membuang nama-nama mereka yang tidak dapat dikesan, sudah meninggal atau diragui kesahihannya. Selain dari itu Bersih juga turut mendesak agar SPR mereformasikan undi pos yang disifatkan sebagai lapuk dan ketinggalan zaman termasuklah menggunakan sistem dakwat kekal bagi mengelak orang yang sama mengundi buat kali yang kedua.

Kesimpulannya ialah inilah yang dinamakan ‘kuman di seberang laut nampak, namun gajah di pelupuk mata tak nampak’. Mereka mendakwa SPR dengan pelbagai tuduhan namun di masa yang sama, Majlis Peguam masih mengunapakai kaedah dan cara yang dikritik itu.

Tambah menghairankan, sejurus selepas Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangannya dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Ambiga seolah-olah senyap sepi. Malah ketika DAP berdepan dengan masalah pemilihan CEC yang dipertikaikan oleh ahli parti itu sendiri, Ambiga tetap membisu.

Jelaslah semua yang dilakukan sebelum ini hanyalah retorik politik semata-mata bagi mewujudkan persepsi buruk rakyat agar menolak Barisan Nasional (BN) sekali gus menjadi tali-barut dan lembu tunggangan kepada pakatan pembangkang.

0 comments:

Post a Comment