Dulu masa belajar matematik cikgu ajar satu pusingan lengkap adalah 360 darjah, tapi bila dah dewasa ni baru kita faham bahawa kita boleh buat pusingan sehingga 720 darjah. Sesiapa yang boleh buat pusingan 720 darjah ini memanglah seorang yang sangat luar biasa.
Apa juga bidangnya, sesiapa yang boleh buat pusingan 720 darjah memang akan terserlah kehebatannya, dan bukan semua orang mampu untuk buat pusingan 720 darjah.
Saya bagi satu analogi, seorang BUSINESSMAN : jika dia mengambilalih sesebuah syarikat yang dalam keadaan tenat, maka tidak ramai orang berniaga yang mahu ambil alih perniagaan tenat kerana risiko menanggung kerugian adalah sangat tinggi. TETAPI sesiapa ahli perniagaan yang berjaya memulihkan perniagaan yang tenat tersebut, maka dialah seorang TAIKUN besar yang harus dihormati. Mengubah keadaan tenat kepada stabil hanya pusingan 360 darjah, maka jika ahli perniagaan ini berjaya menstabilkan perniagaan dan seterusnya memacukan perniagaan tersebut sehingga ia mampu menguasai pasaran, maka iinilah sebenarnya pusingan 720 darjah yang sangat hebat.
Saya kongsikan juga perkara realiti hari ini bagaimana HEBATnya pusingan 720 darjah: ini tentang bagaimana seorang ahli politik membuat pusingan 720 darjah. Dato Seri Anwar Ibrahim, pada ketika pra PRU 13 yang lalu menyatakan dalam kempennya bahawa UMNO/BN sudah bersiap sedia membawa masuk 40,000 orang pengundi hantu dari Bangladesh, dan ini telah meracuni pemikiran rakyat yang mempercayainya maka berlakulah insiden mengenalpasti pengundi hantu Bangladesh pada hari pembuangan undi. Asalkan muka ala - ala Bangladesh pastilah anda akan disiasat oleh petugas rakyat ini.
Kehebatan DSAI juga telah meracuni pemikiran jurnalis luar negara sehingga bermacam laporan oleh media asing tentang gambaran buruk membawa masuk 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh ini. Kehebatan ini hanyalah kehebatan pusingan 360 darjah.
Bagaimana kehebatan pusingan 720 darjah DSAI adalah apabila beliau baru - baru ini menafikan bahawa beliau pernah menuduh terdapat 40,000 pengundi Bangladesh ini. Penafiannya mudah sahaja, "Pakatan Rakyat tidak pernah sebut tentang 40,000 pengundi hantu Bangladesh."
Berikut adalah link kepada semua laporan
yang dinyatakan tadi.
Straits Times Singapore
Wall Street Journal
China Post
The Economist
Korean Press
http://e.koreanpress.net/detail.php?number=1341&thread=
Kesimpulannya saya mudah sahaja ANWAR IBRAHIM adalah PENIPU PALING HEBAT DI DUNIA hari ini.
0 comments:
Post a Comment