Home » » Cerita Tentang Nikmat

Cerita Tentang Nikmat

Assalammualaikum wbt & Salam 1Malaysia,

Mari kita bercakap soal NIKMAT...Syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan ke atas kita selama ini. alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Banyak orang melihat nikmat sebagai bentuk kesenangan yang boleh diukur, ramai juga dikalangan kita selalu alpa & terlupa tentang nikmat yang kita perolehi. Saya juga tidak terlepas dari kekhilafan ini.

Ramai juga kita terlupa pada nikmat & mengeluh kita ini sering kurang bernasib baik dari orang lain. Apabila melihat sahabat se kampus yang lebih berjaya & bergaya, pasti hati kecil kita akan lebih banyak buruk sangka berbanding baik sangka. Itu kebiasaannya hati saya.....

Tapi saya mahu mengheret pembaca untuk melihat realiti nikmat yang besar walaupun ia selalunya dilihat enteng oleh sekalian kita. Nikmat BERAK.

Pernah @ tidak kita merasai sakit perut yang amat sangat tetapi apabila sudah dimangkuk jamban....perut masih memulas yang amat sangat tetapi masih juga tidak keluar. Tika itu, barulah kita tahu langit tinggi rendah....baru kita sedar besarnya nikmat membuang air besar. 

Tuhan tarik nikmat berak kerana kita kufur pada nikmat tersebut...kita tidak menjaga pemakanan kita menyebabkan usus besar kita rosak.

Sedikit Tuhan beri kepada kita, tapi kita tidak menghargainya maka Tuhan ambil semula sesuatu yang kita rasa tidak penting itu. Mengingatkan diri saya & sekalian pembaca, Bersyukurlah atas segala nikmatNya, kecil@besar..Jangan Mengeluh Jangan pula Kufur Nikmat...Maka Celakalah kita yang mengkufuri nikmat.

APABILA KITA TERLUPA TENTANG NIKMAT KEAMANAN.............PASTI KITA AKAN HILANG KEAMANAN ITU

0 comments:

Post a Comment