Home » » Cerita di Hari Lahir Ku

Cerita di Hari Lahir Ku


Sempena hari jadi saya yang ke 33 pada 12 Jun 1980, saya mengambil kesemptan untuk membina blog ini sebagai bingkisan perjalanan kehidupan ini.

Sebelum itu, sekalung terima kasih kepada ibunda & ayahanda kerana keringat mereka lah berdirinya hamba di muka bumi Allah swt ini.

Tidak lah dinamakan sebagai Mat Jebon Mat Tahir, cukuplah ia sebagai nama pena bagi blog ini. Bukan tidak mahu menyatakan kebenaran tetapi cukuplah sekalian pembaca mengenali penulis blog ini sebagai MAT JEBON MAT TAHIR.....Jangan dicari siapakah watak disebalik Mat Jebon Mat Tahir kerana penulisan ini pasti tidak akan menganggu gugat kehidupan sekalian pembaca.

IniBlogHuruHara menjadi pilihan penulis kerana penulis tidak mempunyai fokus utama dalam penulisan blog ini. Mungkin penulis akan mencalitkan hal berkaitan ekonomi, mungkin jua akan ada catatan berdarah tentang politik, pasti lah akan ada penulisan tentang negara tercinta ini, mungkin jua ada dakwah Islamiyah akan hamba catatkan untuk perkongsian bersama sekalian pembaca. 

YANG PASTI penulisan ini bukan untuk mencetuskan huru-hara dalam negara, apatah lagi menghina sesama insan.

Salam perkenalan untuk sekalian sahabat, tunjuk ajar lah hamba ini yang baru kenal tetntang dunia siber, tegurlah andai ada coretan yang tersalah mahupun yang menyinggung perasaan. Sekian Jumpa lagi

0 comments:

Post a Comment